Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Larangan terhadap pusat jagaan tidak berdaftar
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal sesuatu kesalahan berterusan, boleh sebagai tambahan, dikenakan denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan.
(3)
Jika sesuatu pusat jagaan sedang dikendalikan sebelum sahaja tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tidak menjadi kesalahan di bawah seksyen ini bagi mana-mana orang mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan itu—
(a)
semasa tempoh enam bulan dari tarikh itu; dan
(b)
jika permohonan untuk pendaftaran pusat jagaan itu dibuat dalam tempoh yang disebut dalam perenggan (a), semasa suatu tempoh selanjutnya selepas berakhirnya tempoh itu sehingga habisnya tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemohon diberitahu tentang keputusan enggan mendaftarkan pusat jagaan itu; dan
(c)
jika pemohon merayu kepada Menteri di bawah seksyen 22 dalam tempoh tiga puluh hari tersebut, semasa suatu tempoh selanjutnya selepas berakhirnya tempoh itu
Pusat Jagaan 9
sehingga tarikh pemohon diberitahu tentang keputusan menolak rayuan itu.
Pendaftaran