Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PUSAT JAGAAN 1993

Seksyen 6

(2)

Ketua Pengarah boleh mendaftar atau boleh enggan mendaftar mana-mana pusat jagaan.

(3)

Bagi maksud menimbang sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu pusat jagaan, Ketua Pengarah boleh—

(a)

memasuki dan memeriksa premis pusat jagaan itu untuk memastikan bahawa pusat itu mematuhi segala kehendak undang-undang dan mana-mana pihak berkuasa yang berhubungan dengan binaan bangunan dan keselamatan kebakaran, dan bahawa pusat itu dilengkapkan dan disenggarakan dengan cukup dan sesuai; dan

(b)

menghendaki pemohon itu memberi kepadanya apa-apa maklumat dan butir-butir sebagaimana yang perlu untuk dia menentukan permohonan itu.

(4)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasanya di bawah subseksyen

(2)

, Ketua Pengarah boleh enggan mendaftar mana-mana pusat jagaan jika apa-apa kehendak undang-undang yang berhubungan dengan pengendalian pusat jagaan itu atau yang berhubungan dengan premisnya belum dipatuhi.

Syarat-syarat untuk dikenakan