Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA PUSAT JAGAAN 1993

Seksyen 7

Ketua Pengarah, apabila mendaftar sesuatu pusat jagaan, boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya layak dan sesuai, termasuklah syarat-syarat—

(a)

yang mengehadkan bilangan orang yang boleh diterima di pusat jagaan itu pada bila-bila masa;

10 Undang-Undang Malaysia Akta 506

(b)

untuk memastikan bahawa mana-mana orang yang diambil kerja di pusat jagaan itu, sama ada dalam pengurusannya atau selainnya, orang yang layak dan sesuai, sama ada tentang umur atau selainnya, untuk diambil kerja di pusat jagaan itu;

(c)

untuk memastikan bahawa pusat jagaan itu akan dilengkapi secukupnya, dari segi kakitangan, dengan secukup bilangan orang yang mempunyai kelayakan atau pengalaman yang sesuai;

(d)

untuk memastikan bahawa perkhidmatan bagi jagaan, kawalan, penyeliaan, layanan, dan latihan penghuni atau orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan itu diberi dengan baik;

(e)

untuk memastikan bahawa diet yang cukup dan seimbang dan rehat dan rekreasi yang cukup disediakan di pusat jagaan itu;

(f)

untuk memastikan bahawa pusat jagaan itu akan dilengkapkan dan disenggarakan dengan cukup dan sesuai khususnya demi kepentingan kesihatan;

(g)

untuk memastikan bahawa perkiraan yang cukup akan dibuat untuk rawatan perubatan, fisioterapi, psikoterapi, terapi pekerjaan atau apa-apa rawatan lain yang sesuai dan wajar, dalam masa yang munasabah, berkenaan dengan apa-apa penyakit yang dihidapi oleh penghuni atau orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan;

(h)

untuk memastikan pematuhan di pusat jagaan itu akan apa-apa kehendak undang-undang atau mana-mana pihak berkuasa yang berhubungan dengan binaan bangunan, langkah berjaga-jaga kebakaran, kesihatan, sanitasi dan keselamatan;

(i)

yang menghendaki pembayaran sejumlah wang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah sebagai deposit jaminan untuk memastikan pematuhan oleh pengendali akan peruntukan

Akta, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24, dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini, dan

Pusat Jagaan 11

untuk perlindungan dan demi kepentingan penghuni dan orang yang diterima untuk jagaan di pusat jagaan.

Daftar pusat jagaan