Malaysia legislation

Section 18

of AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017

Seksyen 18

Pindaan seksyen 24k

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri”

perkataan “atas terma dan bagi tempoh masa yang difikirkan perlu oleh Menteri”;

Penerbangan Awam (Pindaan)

(ii)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) untuk memerintahkan—

(i)

syarikat yang diberikan lesen di bawah seksyen 24a untuk berhenti mengadakan apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya;

(ii)

orang yang dilesenkan oleh

S u r u h a n j a y a P e n e r b a n g a n

Malaysia di bawah seksyen 37

Akta Suruhanjaya Penerbangan

Malaysia 2015 untuk berhenti mengadakan perkhidmatan pengendalian darat; atau

(iii)

orang yang dilesenkan oleh

S u r u h a n j a y a P e n e r b a n g a n

Malaysia di bawah seksyen 38

Akta Suruhanjaya Penerbangan

Malaysia 2015 untuk berhenti mengendalikan aerodrom; atau”; dan

(iii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “lapangan terbang” dengan perkataan

“aerodrom”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik dan dengan sedemikian cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, selepas menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(a)—

(a)

mengarahkan Pihak Berkuasa untuk mengambil alih sementara aerodrom atau mana-mana bahagian aerodrom; dan

(b)

mengarahkan Pihak Berkuasa atau mana-mana orang lain—

(i)

untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1526

(ii)

untuk mengendalikan suatu aerodrom;

atau

(iii)

untuk mengadakan perkhidmatan pengendalian darat.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), orang yang disebut dalam perenggan (1)(a)—

(a)

hendaklah menyerahkan kawalan atau milikan—

(i)

apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya;

(ii)

pengendalian sesuatu aerodrom; atau

(iii)

perkhidmatan pengendalian darat; dan

(b)

hendaklah mengambil semua langkah dan menyediakan bantuan, kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh

Pihak Berkuasa bagi maksud itu atau mana-mana orang lain yang disebut di bawah perenggan (3)(b).

(5)

Sesuatu keputusan, perintah atau arahan

Menteri dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3)

atau mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4)

melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(7)

Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa dan pekerja dan ejennya tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa tindakan bagi pelanggaran kontrak atau bagi kerugian atau kerosakan yang berlaku kerana mana-mana perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1)

atau (3) atau kehendak di bawah subseksyen (4).

Penerbangan Awam (Pindaan)

(8)

Orang yang disebut dalam perenggan (1)(a)

dan pekerja dan ejen mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa tindakan bagi pelanggaran kontrak atau bagi kerugian atau kerosakan yang berlaku kerana mana-mana perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3)

melainkan jika perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3) disebabkan oleh—

(a)

kecuaian atau tindakan sengaja orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan pekerja atau ejen mereka; atau

(b)

pelanggaran terma dan syarat lesen atau peruntukan

Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini oleh orang yang disebut dalam perenggan (1)(a).”.

Penggantian seksyen 24la

Section 18 — CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017 | mylaw.my