/akn/my/act/amendment_act/2017/A1526

AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2017
Sections
30
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1526 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3], yang disebut

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan perkataan “Jabatan Penerbangan

Awam” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“Pihak Berkuasa”; dan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1526

AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1526

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perkataan “Ketua Pengarah”

di mana-mana jua terdapat kecuali dalam seksyen 2

dalam takrif “Ketua Pengarah” dan seksyen 24h dengan perkataan “Pihak Berkuasa”.

Pindaan seksyen 2

Suggest a correction

Seksyen 3

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(b)

dengan memasukkan sebelum takrif “Konvensyen Chicago”

takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai

Eksekutif Pihak Berkuasa;’; dan

Suggest a correction

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “muatan” takrif yang berikut:

‘ “Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Penerbangan

Awam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017

[Akta 788];’.

Pindaan Bahagian Ia

Suggest a correction

Seksyen 4

Bahagian Ia Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk

Open as pageSuggest a correction

“TUGAS DAN FUNGSI KETUA PENGARAH PENERBANGAN

AWAM MALAYSIA” dengan tajuk “PEWAKILAN KUASA,

TUGAS DAN FUNGSI PIHAK BERKUASA”.

Seksyen 5

Pemotongan seksyen 2a dan 2b

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 2a dan 2b.

Penerbangan Awam (Pindaan)

5

Seksyen 6

Pindaan seksyen 2c

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“kepadanya oleh Akta ini” dengan perkataan

“kepada Pihak Berkuasa oleh Akta ini dan Akta Pihak

Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017”; dan

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (4), dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “himself” dengan perkataan

“itself”.

Pemotongan seksyen 2d

Suggest a correction

Seksyen 8

Pindaan seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(i)

dengan memasukkan selepas perenggan (a)

perenggan yang berikut:

“(aa) mengawal selia keselamatan penerbangan awam termasuk mewujudkan program keselamatan kebangsaan atau apa-apa program keselamatan yang lain;”;

(ii)

dengan menggantikan perenggan (p) dengan perenggan yang berikut:

“(p) mengecualikan mana-mana kapal udara, penerbangan atau orang atau kelas kapal udara, penerbangan atau orang daripada mana-mana peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, orang yang olehnya pengecualian boleh dibuat dan terma dan syarat bagi pengecualian itu;”;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1526

Suggest a correction

(iii)

dengan menggantikan perenggan (q) dengan perenggan yang berikut:

“(q) penyiasatan kemalangan, insiden atau insiden serius kapal udara sama ada yang berlaku di Malaysia atau yang berlaku kepada kapal udara Malaysia;”;

Suggest a correction

(iv)

dengan menggantikan perkataan “; dan” di hujung perenggan (s) dengan koma bernoktah;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (t) dengan perkataan “; dan;” dan

(vi)

dengan memasukkan selepas perenggan (t)

perenggan yang berikut:

“(u) menetapkan semua perkara lain yang suai manfaat atau perlu untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan

Akta ini dan Akta Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia 2017.”;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2a) dengan subseksyen yang berikut:

“(2a) Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”; dan

Suggest a correction

(c)

dengan memotong subseksyen (4).

Pindaan seksyen 4

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 4(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan

“lima ratus ribu ringgit”.

Penerbangan Awam (Pindaan)

7

Seksyen 10

Pindaan seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “satu ratus ribu ringgit”; dan

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “satu ratus ribu ringgit”.

Pemotongan Bahagian IIIa

Suggest a correction

Seksyen 12

Pindaan seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 7(6) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima puluh ribu ringgit” dengan perkataan “satu ratus ribu ringgit”.

Seksyen 13

Pindaan seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit”; dan

Suggest a correction

(i)

dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan

“lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun” dengan perkataan

“satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun”; dan

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1526

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “satu ratus ribu ringgit” dengan perkataan

“dua ratus ribu ringgit”.

Pindaan seksyen 24a

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Perenggan 24a(2)(b) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “di bawah perenggan 2b(a)”.

Seksyen 15

Pindaan seksyen 24e

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 24e(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “di bawah perenggan 2b(a)”.

Seksyen 16

Pindaan seksyen 24h

Open as pageSuggest a correction

“Ketua Pengarah” dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai diberi kuasa”.

Seksyen 17

Pindaan seksyen 24j

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 24j(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dia hendaklah mengemukakan” dengan perkataan

“Pihak Berkuasa hendaklah mengemukakan”.

Seksyen 18

Pindaan seksyen 24k

Open as pageSuggest a correction

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri”

perkataan “atas terma dan bagi tempoh masa yang difikirkan perlu oleh Menteri”;

Penerbangan Awam (Pindaan)

(ii)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) untuk memerintahkan—

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

syarikat yang diberikan lesen di bawah seksyen 24a untuk berhenti mengadakan apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya;

(ii)

orang yang dilesenkan oleh

S u r u h a n j a y a P e n e r b a n g a n

Malaysia di bawah seksyen 37

Akta Suruhanjaya Penerbangan

Malaysia 2015 untuk berhenti mengadakan perkhidmatan pengendalian darat; atau

Suggest a correction

(iii)

orang yang dilesenkan oleh

S u r u h a n j a y a P e n e r b a n g a n

Malaysia di bawah seksyen 38

Akta Suruhanjaya Penerbangan

Malaysia 2015 untuk berhenti mengendalikan aerodrom; atau”; dan

Suggest a correction

(iii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “lapangan terbang” dengan perkataan

“aerodrom”; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik dan dengan sedemikian cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, selepas menjalankan kuasanya di bawah perenggan (1)(a)—

Suggest a correction

(a)

mengarahkan Pihak Berkuasa untuk mengambil alih sementara aerodrom atau mana-mana bahagian aerodrom; dan

Suggest a correction

(b)

mengarahkan Pihak Berkuasa atau mana-mana orang lain—

Suggest a correction

(i)

untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1526

(iii)

untuk mengadakan perkhidmatan pengendalian darat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), orang yang disebut dalam perenggan (1)(a)—

(b)

hendaklah mengambil semua langkah dan menyediakan bantuan, kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh

Pihak Berkuasa bagi maksud itu atau mana-mana orang lain yang disebut di bawah perenggan (3)(b).

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Sesuatu keputusan, perintah atau arahan

Menteri dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayu, disemak, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3)

atau mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4)

melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(7)

Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa dan pekerja dan ejennya tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa tindakan bagi pelanggaran kontrak atau bagi kerugian atau kerosakan yang berlaku kerana mana-mana perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1)

atau (3) atau kehendak di bawah subseksyen (4).

Penerbangan Awam (Pindaan)

Suggest a correction

(8)

Orang yang disebut dalam perenggan (1)(a)

dan pekerja dan ejen mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa tindakan bagi pelanggaran kontrak atau bagi kerugian atau kerosakan yang berlaku kerana mana-mana perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3)

melainkan jika perintah atau arahan Menteri di bawah subseksyen (1) atau (3) disebabkan oleh—

(a)

kecuaian atau tindakan sengaja orang yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan pekerja atau ejen mereka; atau

Suggest a correction

(b)

pelanggaran terma dan syarat lesen atau peruntukan

Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini oleh orang yang disebut dalam perenggan (1)(a).”.

Penggantian seksyen 24la

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24la dengan seksyen yang berikut:

“Pegawai diberi kuasa 24la.  (1)  Pihak Berkuasa boleh, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, menyiarkan nama pekerjanya yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 16(1)(a), (b), (c), (d) atau (e) Akta Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia 2017.

(2)

Pihak Berkuasa boleh memberi kuasa kepada mana-mana pekerjanya yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 16(1)(a), (b), (c), (d)

atau (e) Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017

untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu kad kuasa kepada pekerjanya yang dilantik untuk menjalankan fungsi

Pihak Berkuasa di bawah perenggan 16(1)(a), (b), (c), (d)

atau (e) Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam

Malaysia 2017.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1526

Suggest a correction

(4)

Pekerja Pihak Berkuasa apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, Akta Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia 2017 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kad kuasanya.”.

Pindaan seksyen 24ld

Suggest a correction

Seksyen 20

Seksyen 24ld Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Bagi maksud untuk memastikan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa—

Suggest a correction

(a)

hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan, peralatan keselamatan, tempat atau bangunan;

Suggest a correction

(b)

boleh memeriksa mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan, peralatan keselamatan, tempat atau bangunan;

Suggest a correction

(c)

boleh menjalankan apa-apa ujian terhadap mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan atau peralatan keselamatan;

Suggest a correction

(d)

boleh memeriksa, membuat salinan atau mengambil ekstrak daripada mana-mana buku, buku minit, daftar, perakuan, lesen, permit, kelulusan, kebenaran, keizinan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa, dokumen penerbangan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki disimpan oleh Pihak

Berkuasa atau yang perlu bagi maksud untuk memastikan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; dan

Penerbangan Awam (Pindaan)

Suggest a correction

(e)

boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau kawalan orang itu.” dan

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Bagi maksud subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh menggunakan apa-apa peralatan, artikel atau peranti kepunyaan Pihak Berkuasa.”.

Pindaan seksyen 24le

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 24le Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Akta ini” perkataan “atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini”.

Seksyen 22

Pindaan seksyen 24lg

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 24lg Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Akta ini” di mana-mana jua terdapat perkataan

“atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta ini”.

Seksyen 23

Seksyen baharu 24li

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24lh seksyen yang berikut:

“Keengganan untuk memberi akses, serangan, dsb.

24li.  Mana-mana orang yang—

(a)

enggan untuk memberikan akses kepada mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, peralatan keselamatan, kemudahan penerbangan, tempat atau bangunan kepada mana-mana pegawai diberi kuasa; atau

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1526

Suggest a correction

(b)

menyerang, menghalang, menggalang atau melambatkan mana-mana pegawai diberi kuasa, dalam menjalankan apa-apa kuasanya di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 24m

Suggest a correction

Seksyen 24

Seksyen 24m Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta ini merupakan suatu pertubuhan perbadanan, ia hanya boleh dihukum dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “seorang pengarah suatu pertubuhan perbadanan” termasuklah—

(a)

seseorang yang menjawat atau bertindak dalam kedudukan seorang pengarah pertubuhan perbadanan itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menjawat kedudukan itu atau diberi kuasa sewajarnya untuk bertindak dalam kedudukan itu;

Suggest a correction

(b)

seseorang yang menurut arahan atau suruhannya pengarah pertubuhan perbadanan itu pada kebiasaannya bertindak; dan

Penerbangan Awam (Pindaan)

Suggest a correction

(c)

jika pertubuhan perbadanan itu diperbadankan di luar Malaysia—

Suggest a correction

(i)

seseorang anggota lembaga pertubuhan perbadanan itu;

(ii)

seseorang yang menjawat atau bertindak dalam kedudukan seorang pengarah bagi lembaga pertubuhan perbadanan itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menjawat kedudukan itu atau diberi kuasa sewajarnya untuk bertindak dalam kedudukan itu; dan

Suggest a correction

(iii)

seseorang yang menurut arahan atau suruhannya anggota lembaga pertubuhan perbadanan itu pada kebiasaannya bertindak.”.

Seksyen baharu 24ma

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24m seksyen yang berikut:

“Pemulaan pendakwaan 24ma.  Tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini, Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam

Malaysia 2017 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan oleh Pihak

Berkuasa kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.”.

Seksyen 26

Pindaan seksyen 24n

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 24n(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan” dengan perkataan “Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam

Malaysia”.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1526

Seksyen 27

Penggantian seksyen 24o

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24o dengan seksyen yang berikut:

“Pengeluaran notis, dsb.

Quoted provision

Seksyen 24o

Suggest a correction

(2)

Tiap-tiap notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Ketua Pegawai

Eksekutif mengikut apa-apa cara yang pada pendapatnya akan memastikan bahawa notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat itu dibawa kepada perhatian orang yang kena patuh kepada notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat itu.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif boleh, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan selepas dia berpuas hati bahawa perihal selamat dan keselamatan penerbangan awam tidak terjejas, mengecualikan mana-mana kapal udara, penerbangan atau orang atau kelas kapal udara, penerbangan atau orang daripada semua atau mana-mana peruntukan mana-mana notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat yang dikeluarkan olehnya di bawah

Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

Penerbangan Awam (Pindaan)

17

Seksyen baharu 24p dan 24q

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24o seksyen yang berikut:

“Arahan perihal selamat 24p.  (1)  Ketua Pegawai Eksekutif boleh mengeluarkan apa-apa arahan perihal selamat yang berhubungan dengan mana-mana aspek perihal selamat atau keselamatan dalam penerbangan awam, termasuklah—

(a)

perihal selamat mana-mana pengendalian kapal udara di dalam Malaysia dan pengendalian kapal udara

Malaysia di luar Malaysia;

Suggest a correction

(b)

pemeriksaan, pembaik pulih, pembaikan, penggantian, pengubahsuaian atau penyenggaraan kapal udara atau komponen kapal udara;

Suggest a correction

(c)

apa-apa perkara yang berhubungan dengan orang yang dikeluarkan mana-mana lesen, perakuan, permit, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(2)

Tiap-tiap arahan perihal selamat yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Ketua Pegawai

Eksekutif mengikut apa-apa cara yang pada pendapatnya akan memastikan bahawa arahan perihal selamat itu dibawa kepada perhatian orang yang kena patuh kepada arahan perihal selamat itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana arahan perihal selamat melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1526

Pengawasan pengawalseliaan perihal selamat 24q.  (1)  Ketua Pengawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa, menjalankan pengawasan pengawalseliaan perihal selamat untuk menentukan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang lain,

Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan pengawasan pengawalseliaan perihal selamat mempunyai kuasa untuk—

(a)

mengakses dan memeriksa mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, peralatan keselamatan, kemudahan penerbangan, tempat atau bangunan;

Suggest a correction

(b)

memeriksa, membuat salinan atau mengambil ekstrak daripada mana-mana buku, buku minit, daftar, perakuan, lesen, permit, kelulusan, keizinan, kebenaran atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa, dokumen penerbangan atau dokumen lain yang dikehendaki untuk disimpan oleh Pihak Berkuasa atau yang perlu bagi maksud menentukan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

mengambil gambar premis, barangan, bagasi, bungkusan dan apa-apa harta atau material lain yang dijumpai di situ; atau

Suggest a correction

(d)

membuat apa-apa ujian yang Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa fikirkan perlu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh sebab apa-apa yang dibuat semasa, atau bersampingan dengan mana-mana pengawasan pengawalseliaan perihal selamat di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta ini hendaklah dibayar oleh dan boleh didapatkan semula daripada pemegang perakuan, pemegang lesen, pemegang permit atau mana-mana orang yang telah diberikan kelulusan, kebenaran atau keizinan.

Penerbangan Awam (Pindaan)

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang enggan untuk mematuhi permintaan, tuntutan atau arahan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

Peruntukan peralihan

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, wang yang tersedia sebagai kredit Kumpulan Wang Penerbangan Awam hendaklah dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Penerbangan

Awam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia 2017.

Common questions

What is CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017?
AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1526 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Is CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017 still in force?
Yes — CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017 is currently in force.
When did CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017 take effect?
CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017 was first recorded in 2017.
How many sections does CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017 have?
CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017 contains 30 sections.
Where can I read the official version of CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017?
The official text of CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017 (A1526) | mylaw.my