Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017

Seksyen 19

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24la dengan seksyen yang berikut:

“Pegawai diberi kuasa 24la.  (1)  Pihak Berkuasa boleh, mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, menyiarkan nama pekerjanya yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 16(1)(a), (b), (c), (d) atau (e) Akta Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia 2017.

(2)

Pihak Berkuasa boleh memberi kuasa kepada mana-mana pekerjanya yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pihak Berkuasa di bawah perenggan 16(1)(a), (b), (c), (d)

atau (e) Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017

untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini.

(3)

Pihak Berkuasa hendaklah mengeluarkan suatu kad kuasa kepada pekerjanya yang dilantik untuk menjalankan fungsi

Pihak Berkuasa di bawah perenggan 16(1)(a), (b), (c), (d)

atau (e) Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam

Malaysia 2017.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1526

(4)

Pekerja Pihak Berkuasa apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, Akta Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia 2017 atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan menunjukkan kad kuasanya.”.

Pindaan seksyen 24ld

Section 19 — CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017 | mylaw.my