Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Seksyen 24ld Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Bagi maksud untuk memastikan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa—
(a)
hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan, peralatan keselamatan, tempat atau bangunan;
(b)
boleh memeriksa mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan, peralatan keselamatan, tempat atau bangunan;
(c)
boleh menjalankan apa-apa ujian terhadap mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan atau peralatan keselamatan;
(d)
boleh memeriksa, membuat salinan atau mengambil ekstrak daripada mana-mana buku, buku minit, daftar, perakuan, lesen, permit, kelulusan, kebenaran, keizinan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa, dokumen penerbangan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki disimpan oleh Pihak
Berkuasa atau yang perlu bagi maksud untuk memastikan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; dan
Penerbangan Awam (Pindaan)
(e)
boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau kawalan orang itu.” dan
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Bagi maksud subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh menggunakan apa-apa peralatan, artikel atau peranti kepunyaan Pihak Berkuasa.”.
Pindaan seksyen 24le