Malaysia legislation

Section 23

of AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017

Seksyen 23

Seksyen baharu 24li

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24lh seksyen yang berikut:

“Keengganan untuk memberi akses, serangan, dsb.

24li.  Mana-mana orang yang—

(a)

enggan untuk memberikan akses kepada mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, peralatan keselamatan, kemudahan penerbangan, tempat atau bangunan kepada mana-mana pegawai diberi kuasa; atau

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1526

(b)

menyerang, menghalang, menggalang atau melambatkan mana-mana pegawai diberi kuasa, dalam menjalankan apa-apa kuasanya di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 24m

Section 23 — CIVIL AVIATION (AMENDMENT) ACT 2017 | mylaw.my