Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Seksyen 24m Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula itu subseksyen yang berikut:
“(2) Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta ini merupakan suatu pertubuhan perbadanan, ia hanya boleh dihukum dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “seorang pengarah suatu pertubuhan perbadanan” termasuklah—
(a)
seseorang yang menjawat atau bertindak dalam kedudukan seorang pengarah pertubuhan perbadanan itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menjawat kedudukan itu atau diberi kuasa sewajarnya untuk bertindak dalam kedudukan itu;
(b)
seseorang yang menurut arahan atau suruhannya pengarah pertubuhan perbadanan itu pada kebiasaannya bertindak; dan
Penerbangan Awam (Pindaan)
(c)
jika pertubuhan perbadanan itu diperbadankan di luar Malaysia—
(i)
seseorang anggota lembaga pertubuhan perbadanan itu;
(ii)
seseorang yang menjawat atau bertindak dalam kedudukan seorang pengarah bagi lembaga pertubuhan perbadanan itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menjawat kedudukan itu atau diberi kuasa sewajarnya untuk bertindak dalam kedudukan itu; dan
(iii)
seseorang yang menurut arahan atau suruhannya anggota lembaga pertubuhan perbadanan itu pada kebiasaannya bertindak.”.
Seksyen baharu 24ma