Malaysia legislation
Section 24o
Seksyen 24o
(2)
Tiap-tiap notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif mengikut apa-apa cara yang pada pendapatnya akan memastikan bahawa notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat itu dibawa kepada perhatian orang yang kena patuh kepada notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat itu.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif boleh, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan selepas dia berpuas hati bahawa perihal selamat dan keselamatan penerbangan awam tidak terjejas, mengecualikan mana-mana kapal udara, penerbangan atau orang atau kelas kapal udara, penerbangan atau orang daripada semua atau mana-mana peruntukan mana-mana notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat yang dikeluarkan olehnya di bawah
Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana notis, surat pekeliling, kehendak, surat arahan atau maklumat yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.
Penerbangan Awam (Pindaan)
17
Seksyen baharu 24p dan 24q