Malaysia legislation

Section 28

of AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017

Seksyen 28

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24o seksyen yang berikut:

“Arahan perihal selamat 24p.  (1)  Ketua Pegawai Eksekutif boleh mengeluarkan apa-apa arahan perihal selamat yang berhubungan dengan mana-mana aspek perihal selamat atau keselamatan dalam penerbangan awam, termasuklah—

(a)

perihal selamat mana-mana pengendalian kapal udara di dalam Malaysia dan pengendalian kapal udara

Malaysia di luar Malaysia;

(b)

pemeriksaan, pembaik pulih, pembaikan, penggantian, pengubahsuaian atau penyenggaraan kapal udara atau komponen kapal udara;

(c)

apa-apa perkara yang berhubungan dengan orang yang dikeluarkan mana-mana lesen, perakuan, permit, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; atau

(d)

pengendalian dan pengurusan suatu aerodrom.

(2)

Tiap-tiap arahan perihal selamat yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Ketua Pegawai

Eksekutif mengikut apa-apa cara yang pada pendapatnya akan memastikan bahawa arahan perihal selamat itu dibawa kepada perhatian orang yang kena patuh kepada arahan perihal selamat itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana arahan perihal selamat melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1526

Pengawasan pengawalseliaan perihal selamat 24q.  (1)  Ketua Pengawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa, menjalankan pengawasan pengawalseliaan perihal selamat untuk menentukan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang lain,

Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan pengawasan pengawalseliaan perihal selamat mempunyai kuasa untuk—

(a)

mengakses dan memeriksa mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, peralatan keselamatan, kemudahan penerbangan, tempat atau bangunan;

(b)

memeriksa, membuat salinan atau mengambil ekstrak daripada mana-mana buku, buku minit, daftar, perakuan, lesen, permit, kelulusan, keizinan, kebenaran atau apa-apa dokumen lain yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa, dokumen penerbangan atau dokumen lain yang dikehendaki untuk disimpan oleh Pihak Berkuasa atau yang perlu bagi maksud menentukan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

(c)

mengambil gambar premis, barangan, bagasi, bungkusan dan apa-apa harta atau material lain yang dijumpai di situ; atau

(d)

membuat apa-apa ujian yang Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa fikirkan perlu.

(3)

Apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh sebab apa-apa yang dibuat semasa, atau bersampingan dengan mana-mana pengawasan pengawalseliaan perihal selamat di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta ini hendaklah dibayar oleh dan boleh didapatkan semula daripada pemegang perakuan, pemegang lesen, pemegang permit atau mana-mana orang yang telah diberikan kelulusan, kebenaran atau keizinan.

Penerbangan Awam (Pindaan)

(4)

Mana-mana orang yang enggan untuk mematuhi permintaan, tuntutan atau arahan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang bertindak atau berupa sebagai bertindak di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

Peruntukan peralihan