Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) 2017

Seksyen 8

Pindaan seksyen 3

(a)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perenggan (a)

perenggan yang berikut:

“(aa) mengawal selia keselamatan penerbangan awam termasuk mewujudkan program keselamatan kebangsaan atau apa-apa program keselamatan yang lain;”;

(ii)

dengan menggantikan perenggan (p) dengan perenggan yang berikut:

“(p) mengecualikan mana-mana kapal udara, penerbangan atau orang atau kelas kapal udara, penerbangan atau orang daripada mana-mana peruntukan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, orang yang olehnya pengecualian boleh dibuat dan terma dan syarat bagi pengecualian itu;”;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1526

(iii)

dengan menggantikan perenggan (q) dengan perenggan yang berikut:

“(q) penyiasatan kemalangan, insiden atau insiden serius kapal udara sama ada yang berlaku di Malaysia atau yang berlaku kepada kapal udara Malaysia;”;

(iv)

dengan menggantikan perkataan “; dan” di hujung perenggan (s) dengan koma bernoktah;

(v)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (t) dengan perkataan “; dan;” dan

(vi)

dengan memasukkan selepas perenggan (t)

perenggan yang berikut:

“(u) menetapkan semua perkara lain yang suai manfaat atau perlu untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan

Akta ini dan Akta Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia 2017.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2a) dengan subseksyen yang berikut:

“(2a) Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.”; dan

(c)

dengan memotong subseksyen (4).

Pindaan seksyen 4