Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Takrif penghinaan
Berikut disifatkan sebagai suatu perbuatan penghinaan mengikut pengertian seksyen 13:
(a)
apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa celaan atau ancaman terhadap Pesuruhjaya atau sesiapa daripada mereka semasa bersidang dalam Suruhanjaya; dan
(b)
apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa celaan atau ancaman terhadap seorang Pesuruhjaya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat lain disebabkan oleh prosidingnya atas sifatnya sebagai seorang Pesuruhjaya.
Cara menguruskan penghinaan