Malaysia legislation

Section 15

of AKTA SURUHANJAYA SIASATAN 1950

Seksyen 15

(2)

Dalam apa-apa hal lain Pesuruhjaya boleh menyaman pesalah itu supaya hadir di hadapan mereka pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, di situ untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak boleh dihakimi sebagai telah melakukan suatu perbuatan penghinaan dan diuruskan mengikut seksyen 13.

(3)

Jika mana-mana orang yang telah disaman mengikut subseksyen (2) tidak hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, Pesuruhjaya boleh mengeluarkan suatu waran memaksa kehadiran orang itu.

Pendakwa Raya untuk membantu Pesuruhjaya