Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 13

Tanggungjawab majikan dan mandur

(2)

Bilamana dibuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa mana-mana orang yang diambil kerja seperti yang disebut terdahulu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dalam kehadiran mana-mana mandur, kepala atau orang lain yang mempunyai kuasa ke atasnya bagi maksud pekerjaan itu, maka mandur, kepala atau orang lain itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang perlakuan kesalahan itu dan untuk memastikan penghapusannya yang berkesan.

(3)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengecualikan mana-mana orang daripada liabiliti kepada apa-apa penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

bagi apa-apa kesalahan di bawahnya yang dibuktikan telah dilakukan olehnya.

(4)

Tiada pendakwaan mana-mana majikan, mandur, kepala, atau orang lain di bawah seksyen ini boleh dimulakan kecuali dengan kuasa Pendakwa Raya.

Penangkapan oleh majikan