Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 14

(1)

Apabila mana-mana orang yang diambil kerja untuk perburuhan di perlombongan atau pertanian atau di mana-mana perburuhan lain yang diisytiharkan di bawah seksyen 13 sebagai tertakluk kepada peruntukan seksyen itu didapati melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini di mana-mana tempat yang dipunyai atau diduduki oleh majikannya, dia dan semua orang lain yang didapati menyubahati kesalahan itu, boleh ditangkap tanpa waran oleh majikannya atau dalam masa ketiadaan majikan itu oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh majikan itu untuk menguruskan tempat itu.

(2)

Tiap-tiap orang yang ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu diserahkan kepada seorang pegawai polis atau dibawa ke balai polis yang terdekat untuk penahanan sehingga dia boleh dibawa ke hadapan seorang

Majistret.

Kuasa untuk memasuki premis