Malaysia legislation

Section 16A

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 16A

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau pelepasan mana-mana mesin judi yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah bagi pelucuthakan mesin judi hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa mesin judi itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun boleh disabitkan dengan kesalahan itu.

(3)

Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa mesin judi yang disita dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, mesin judi itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya mesin judi itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan mesin judi itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan pada mesin judi dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya mesin judi yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada Ketua Polis Daerah bahawa dia menuntut mesin judi itu.

Rumah Perjudian Terbuka 23

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima,

Ketua Polis Daerah hendaklah merujukkan perkara itu kepada

Majistret untuk diputuskan.

(6)

Majistret yang kepadanya perkara itu dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya mesin judi itu dan orang yang daripadanya ia disita, untuk hadir di hadapan Majistret dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, Majistret hendaklah terus memeriksa perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa mesin judi itu merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya mesin judi itu dilucuthakkan dan hendaklah jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya mesin judi itu dilepaskan.

(7)

Mana-mana mesin judi yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada Ketua Polis Daerah dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

(8)

Ketua Polis Daerah tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kerosakan, walau apa pun sebabnya, kepada mesin judi yang disita di bawah Akta ini.

Waran periksa terhadap orang