Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 17

Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis apabila berpuas hati atas maklumat bertulis dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang baik untuk mempercayai bahawa apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian berkemungkinan didapati pada mana-mana orang boleh melalui waran yang ditandatanganinya memerintahkan mana-mana pegawai polis untuk menangkap dan memeriksa orang itu, atau boleh melalui waran yang ditandatanganinya memerintahkan mana-mana orang yang dinamakan itu dalamnya untuk menangkap orang itu dan membawanya dengan segera ke hadapan mana-mana Majistret atau

Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis yang hendaklah dengan itu

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

menyebabkan orang itu diperiksa di hadapannya dan jika apa-apa alatan atau perkakas sedemikian didapati pada orang itu dia hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret untuk diperlakukan mengikut undang-undang.