Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Anggapan terhadap rumah, penghuni dan pemunya
(2)
Bilamana ia sampai kepada pengetahuan Ketua Pegawai Polis bahawa mana-mana tempat dilengkapkan atau disediakan dengan mana-mana daripada cara atau perekaan yang disebut dalam seksyen ini dengan sedemikian cara yang membawa kepada anggapan bahawa tempat itu digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud rumah perjudian terbuka, menjadi kewajipan Ketua Pegawai Polis untuk menyebabkan notis mengenainya disampaikan kepada pemunya tempat itu dan juga kepada penghuninya; dan jika mana-mana notis sedemikian tidak boleh disampaikan ke diri ia bolehlah disampaikan dengan ditampalkan pada pintu luar utama atau mana-mana pintu luar atau tingkap atau mana-mana bahagian yang mudah dilihat di tempat itu.
(3)
Tiap-tiap penyewa yang menerima notis di bawah seksyen ini hendaklah dengan segera memberitahu pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu tentang penerimaan notis itu, dan orang itu hendaklah mengikut cara yang serupa memberitahu pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu, dan begitulah seterusnya sehingga notis itu dibawa kepada pengetahuan pemunya, tiap-tiap penyewa bertanggungjawab untuk membawa notis itu kepada pengetahuan pemberi sewanya yang terdekat; dan mana-mana penyewa yang enggan atau tidak menyebabkan diketahui oleh pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu fakta bahawa notis sedemikian telah diterima melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
Rumah Perjudian Terbuka 27
Liabiliti pemegang jawatan, dsb.