Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Jika apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian didapati di mana-mana tempat yang dimasuki di bawah Akta ini atau pada mana-mana orang yang didapati di dalamnya atau jika orang dilihat atau didengar melarikan diri daripadanya apabila tempat itu didekati atau dimasuki oleh seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis atau jika seseorang pegawai polis atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa di bawah Akta ini untuk memasuki atau pergi ke tempat itu dengan menyalahi undang-undang dihalang daripada atau digalang atau dilengahkan untuk memasuki atau mendekati tempat itu atau mana-mana bahagiannya, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa tempat itu ialah suatu rumah perjudian terbuka dan bahawa ia diselenggarakan atau digunakan sedemikian oleh penghuninya.