Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 22

(2)

Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang ada sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil

Rumah Perjudian Terbuka 29

atau jenayah apa jua pun mengandungi apa-apa catatan yang di dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada penzahirannya, mahkamah atau Majistret hendaklah menyebabkan semua petikan sedemikian disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada dizahirkan tetapi tidak lebih daripada itu.

(3)

Jika atas perbicaraan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini

Majistret setelah membuat siasatan penuh ke atas kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat suatu pernyataan material dalam maklumatnya yang dia ketahui atau percayai adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar atau jika dalam mana-mana prosiding lain mahkamah atau Majistret berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan sepenuhnya antara pihak-pihak di dalamnya tanpa menzahirkan pemberi maklumat, ia adalah sah bagi mahkamah atau Majistret untuk menghendaki pengemukaan maklumat asal itu dan untuk membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan penuh berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Perlindungan pegawai, dsb.