Malaysia legislation
Section 22A
Seksyen 22A
Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a)
mana-mana pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan mana-mana perbuatan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan
(b)
mana-mana pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen atau mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan mana-mana perbuatan yang dilakukan atau yang berupa dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan mana-mana pegawai yang diberikan kuasa sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
dengan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang dikehendakinya.
Pesalah sebagai saksi bagi pihak pendakwa