Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(2)
Mana-mana orang sedemikian yang enggan mengangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diperlakukan mengikut cara yang sama seperti saksi-saksi yang enggan sedemikian boleh menurut undang-undang diperlakukan oleh Majistret.
(3)
Tiap-tiap orang yang dikehendaki sedemikian supaya memberi keterangan yang hendaklah, pada pendapat Majistret, membuat penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang tentangnya dia diperiksa dengan sah adalah berhak menerima suatu perakuan yang ditandatangani oleh Majistret yang menyatakan bahawa dia telah, pada pendapat Majistret, membuat penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang tentangnya dia telah diperiksa, dan perakuan sedemikian menjadi suatu halangan ke atas semua prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan semua perkara sedemikian seperti yang disebut terdahulu.
Ejen untuk mendapatkan keterangan