Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Kecualian
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa loteri yang dibenarkan atau dilesenkan di bawah peruntukan *Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan
Kebajikan 1950-1962 [Akta 252] atau Akta Loteri 1952 [Akta 288]
atau apa-apa ambil tagan yang dianjurkan oleh sesuatu kelab lumba kuda yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia atas keputusan sesuatu perlumbaan kuda dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai perjudian atau loteri hendaklah disifatkan tidak termasuk sebutan mengenai apa-apa bentuk perjudian atau mengenai apa-apa loteri yang dibenarkan atau dilesenkan sedemikian.