Malaysia legislation

Section 27A

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 27A

Kuasa untuk melesenkan penganjuran dan pengelolaan perjudian oleh sesuatu syarikat

atau mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perjudian, pertaruhan atau loteri, Menteri Kewangan boleh, menurut budi bicaranya, melalui lesen membenarkan sesuatu syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], selain syarikat asing sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 4(1) Akta itu, untuk menganjurkan dan mengelolakan perjudian—

(a)

berkenaan dengan apa-apa permainan atau permainan-permainan;

(b)

di mana-mana premis;

*CATATAN—Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-1962 [Akta 252]

telah dimansuhkan oleh Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan (Pembubaran)

1991 [Akta 470] —lihat seksyen 3 Akta 470.

Rumah Perjudian Terbuka 33

(c)

tertakluk kepada pembayaran apa-apa fi dan duti; dan

(d)

tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat lain, sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu, bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan; dan mana-mana lesen yang dikeluarkan sedemikian boleh, menurut budi bicaranya, diperbaharui oleh Menteri

Kewangan, dari semasa ke semasa, bagi tempoh yang setiap satunya tidak melebihi tiga bulan, dan pada membuat mana-mana pembaharuan sedemikian Menteri Kewangan boleh meminda, menambah kepada atau memotong daripada mana-mana peruntukan dalam, atau mana-mana fi dan duti yang kena dibayar berkenaan dengan, atau mana-mana terma dan syarat dalam, lesen yang terdahulu itu.

(2)

Menteri Kewangan boleh, menurut budi bicaranya, pada bila-bila masa, membatalkan mana-mana lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui di bawah subseksyen (1), atau meminda, menambah kepada atau memotong daripada mana-mana peruntukan dalam, atau mana-mana fi dan duti yang kena dibayar berkenaan dengan, atau mana-mana terma dan syarat dalam, mana-mana lesen sedemikian.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan atau terma dan syarat sesuatu lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(4)

Peruntukan Akta Duti Pertaruhan dan Ambiltagan 1948

[Akta 201] tidaklah terpakai bagi fi dan duti yang kena dibayar berkenaan dengan sesuatu lesen yang dikeluarkan atau diperbaharui di bawah subseksyen (1), kecuali bahawa seksyen 5 Akta itu hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi fi dan duti sedemikian.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

Pemansuhan