Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 4

(a)

merupakan pemunya atau penghuni atau yang berhak menggunakan buat sementara waktu atau selainnya sesuatu tempat yang menyelenggarakan atau menggunakan tempat itu sebagai rumah perjudian terbuka;

atau

(b)

membenarkan sesuatu tempat yang tempat itu yang dia ialah pemunya atau penghuni atau yang menggunakan sesuatu tempat sebagai rumah perjudian terbuka secara sementara atau selainnya itu diselenggarakan atau digunakan oleh orang lain sebagai suatu rumah perjudian terbuka; atau

(c)

mempunyai jagaan atau pengurusan atau dengan apa-apa cara membantu dalam pengurusan sesuatu tempat yang diselenggarakan atau digunakan sebagai suatu rumah perjudian terbuka; atau

(d)

(f)

(dipotong oleh Akta A755);

(g)

mengumumkan atau menyiarkan atau menyebabkan diumumkan atau disiarkan sama ada secara lisan atau melalui apa-apa cetakan, tulisan, rupa bentuk, tanda atau selainnya bahawa mana-mana tempat dibuka, diselenggarakan, atau digunakan sebagai suatu rumah perjudian terbuka atau dengan apa-apa cara lain mempelawa atau mengajak mana-mana orang untuk melanggar seksyen 6 atau seksyen 9; atau

Rumah Perjudian Terbuka 11

(h)

menjalankan dalam atau melalui apa-apa akhbar atau apa-apa penerbitan berkala yang lain, atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan atau jualan apa-apa barang kepada orang awam—

(i)

apa-apa pertandingan yang menawarkan hadiah bagi ramalan tentang keputusan sama ada sesuatu kejadian yang bakal berlaku atau kejadian yang sudah berlaku yang keputusannya masih belum ditentukan atau belum lagi diketahui secara amnya; atau

(ii)

apa-apa pertandingan lain yang kejayaannya tidak banyak bergantung pada penggunaan kemahiran, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan sebagai tambahan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap mesin judi yang disita.

(2)

Mana-mana orang yang menghuni atau berhak menggunakan buat sementara waktu sesuatu tempat yang diselenggarakan atau digunakan oleh orang lain sebagai suatu rumah perjudian terbuka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membenarkan tempat itu diselenggarakan atau digunakan sedemikian.

Membantu dalam menjalankan loteri awam, dsb.