Malaysia legislation

Section 4A

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 4A

Mana-mana orang yang—

(a)

membantu dalam menjalankan sesuatu loteri awam;

*CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755].

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

(b)

menerima, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa wang atau nilaian wang bagi atau berkenaan dengan apa-apa nasib dalam apa-apa kejadian atau kontingensi berkaitan dengan sesuatu loteri awam atau menjual atau menawarkan untuk jualan atau memberi atau menyerahkan atau memungut apa-apa tiket loteri;

(c)

mencabut, membuang, mengisytiharkan atau mempamerkan, secara nyata atau selainnya, pemenang atau nombor yang menang, tiket, lot, angka, rupa bentuk, simbol atau keputusan lain apa-apa loteri awam; atau

(d)

menulis, mencetak atau menyiarkan atau menyebabkan ditulis, dicetak atau disiarkan apa-apa tiket loteri atau senarai hadiah atau apa-apa pengumuman tentang keputusan sesuatu loteri awam atau apa-apa pengumuman atau teka-teki yang berhubungan dengan sesuatu loteri awam, melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun.

Kesalahan yang berhubungan dengan urusan mesin judi