Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 5

Mana-mana orang yang mendahulukan atau memberikan wang bagi maksud menubuhkan atau menjalankan urusan sesuatu rumah perjudian terbuka atau bagi maksud sesuatu loteri awam atau yang mendapat keuntungan daripada penubuhan atau penjalanan urusan sedemikian melakukan sesuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun.