Malaysia legislation

Section 4B

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 4B

Mana-mana orang yang—

(a)

berurusan dengan atau dalam apa-apa cara jua membuat transaksi dalam, apa-apa mesin judi atau apa-apa bahagian apa-apa mesin judi atau apa-apa kepentingan daripada apa-apa jenis dalam mana-mana mesin judi atau apa-apa bahagian gantian bagi mana-mana mesin judi; atau

(b)

mengimport, mengilang, memasang, membekalkan, menjual, menyerah hak, menggadai, memajak, mengupah, memberikan perkhidmatan, membaiki, menyesuai atau mengubah suai, atau menjalankan apa-apa gabungan

Rumah Perjudian Terbuka 13

aktiviti itu yang berhubung dengan, mesin judi atau apa-apa bahagian mana-mana mesin judi atau mana-mana bahagian gantian bagi mana-mana mesin judi, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap mesin judi yang disita dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun.

Mendahulukan atau memberikan wang bagi menubuhkan atau menjalankan urusan