Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 7

(2)

Mana-mana orang yang berjudi di mana-mana tempat awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan semua alatan atau perkakas bagi perjudian yang disita di bawah seksyen ini boleh diisytiharkan oleh mahkamah yang di hadapannya sabitan itu didapatkan sebagai dilucuthakkan kepada Kerajaan dan hendaklah diperlakukan sewajarnya.

(3)

Jika apa-apa wang atau benda bernilai yang lain digunakan dalam memainkan apa-apa permainan nasib atau permainan campur nasib dan kemahiran atau dalam permainan atau pengendalian apa-apa mesin judi di mana-mana tempat awam, pemain itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai sedang atau telah berjudi.

Tafsiran

(4)

Dalam seksyen ini, ungkapan “tempat awam” termasuklah jalan awam, jalan raya, lorong, dan kawasan lapang, dan mana-mana tempat yang orang ramai ada atau boleh mendapat akses kepadanya.

*CATATAN— Sebelum ini “dua ribu ringgit”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990

[Akta A755].

Rumah Perjudian Terbuka 15

Menghasut, menganjurkan atau memudahkan perjudian di tempat awam