Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA RUMAH PERJUDIAN TERBUKA 1953

Seksyen 8

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

mendirikan, menyenggarakan, atau mengawal, atau membantu mendirikan, menyenggarakan, atau mengawal, mana-mana pondok, bangsal, khemah, atau bangunan atau lindungan lain apa jua pun yang di dalamnya suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7

dilakukan;

(b)

membawa kepada, atau ada dalam milikannya pada atau dekat, suatu tempat di mana suatu kesalahan sedemikian seperti yang disebut terdahulu dilakukan, apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian; atau

(c)

berjaga-jaga untuk memberi amaran atau memberi amaran kepada orang yang melakukan suatu kesalahan sedemikian seperti yang disebut terdahulu tentang risiko pengesanan, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai menganjurkan perlakuan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7.

*CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755].

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

(3)

Seseorang tidaklah, semata-mata oleh sebab bahawa dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7, boleh disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.

Membeli tiket loteri