Malaysia legislation

Section 11

of AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024

Seksyen 11

“Kuasa Mahkamah untuk melantik pengamal insolvensi

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika tiada perintah telah dibuat atau tiada ketetapan telah diluluskan bagi penggulungan suatu syarikat dan suatu kompromi atau perkiraan telah dicadangkan antara syarikat dengan pemiutangnya atau mana-mana kelas pemiutang itu, Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada mana-mana kuasanya, atas suatu permohonan secara terus oleh syarikat itu atau mana-mana anggota atau pemiutang syarikat itu, memberikan suatu perintah halangan bagi suatu tempoh tidak lebih daripada tiga bulan dari tarikh perintah halangan itu diberikan.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Apabila suatu permohonan bagi perintah halangan difailkan di bawah subseksyen (1) dan sehingga permohonan itu diputuskan oleh Mahkamah atau sehingga luput dua bulan dari tarikh pemfailan permohonan itu, mengikut mana-mana yang lebih awal—

(a)

tiada perintah boleh dibuat, dan tiada ketetapan boleh diluluskan, bagi penggulungan syarikat itu;

(b)

tiada penerima atau penerima dan pengurus boleh dilantik ke atas mana-mana pengusahaan atau harta syarikat itu;

(c)

tiada prosiding boleh dimulakan atau diteruskan terhadap syarikat itu selain prosiding di bawah seksyen 366, 368c, 368d, 369a atau 370 kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;

Syarikat (Pindaan)

(d)

tiada pelaksanaan, distres atau proses undang-undang lain boleh dimulakan, diteruskan atau dikenakan terhadap apa-apa harta syarikat itu kecuali dengan keizinan

Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh

Mahkamah;

(e)

tiada langkah-langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa harta syarikat itu, atau untuk memiliki semula apa-apa barang yang dipegang oleh syarikat itu di bawah apa-apa perjanjian pemajakan catel, perjanjian sewa beli atau perjanjian pemegangan hakmilik, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah; dan

(f)

tiada hak kemasukan semula atau pelucuthakan di bawah apa-apa pajakan berkenaan dengan mana-mana premis yang diduduki oleh syarikat itu boleh dikuatkuasakan kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.”;

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“Mahkamah boleh memberikan suatu perintah halangan di bawah subseksyen (1) kepada sesuatu syarikat selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan dan Mahkamah boleh atas permohonan syarikat itu, melanjutkan tempoh ini selama tidak lebih daripada sembilan bulan jika” dengan perkataan “Tertakluk pada apa-apa terma yang dikenakan oleh Mahkamah, Mahkamah boleh memberikan suatu pelanjutan tempoh tidak lebih daripada sembilan bulan kepada tempoh perintah halangan yang disebut dalam subseksyen (1) kepada suatu syarikat jika”; dan

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1701

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Suatu perintah halangan yang diberikan di bawah subseksyen (1) dan suatu pelanjutan tempoh perintah halangan yang diberikan di bawah subseksyen (2)

boleh termasuk satu atau lebih perintah yang berikut:

(a)

tiada perintah boleh dibuat, dan tiada ketetapan boleh diluluskan, bagi penggulungan syarikat itu;

(b)

tiada penerima atau penerima dan pengurus boleh dilantik ke atas mana-mana pengusahaan atau harta syarikat itu;

(c)

tiada prosiding boleh dimulakan atau diteruskan terhadap syarikat itu selain prosiding di bawah seksyen ini, seksyen 366, 368c, 368d, 369a atau 370 kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;

(d)

tiada pelaksanaan, distres atau proses undang-undang lain boleh dimulakan, diteruskan atau dikenakan terhadap apa-apa harta syarikat itu kecuali dengan keizinan

Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;

(e)

tiada langkah-langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa harta syarikat itu, atau untuk memiliki semula apa-apa barang yang dipegang oleh syarikat itu di bawah apa-apa perjanjian pemajakan catel, perjanjian sewa beli atau perjanjian pemegangan hakmilik, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;

Syarikat (Pindaan)

(f)

tiada hak kemasukan semula atau pelucuthakan di bawah apa-apa pajakan berkenaan dengan mana-mana premis yang diduduki oleh syarikat itu boleh dikuatkuasakan kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.

(3b)

Tiada perintah halangan di bawah seksyen ini boleh diberikan kepada suatu syarikat jika suatu perintah telah diberikan kepada syarikat itu di bawah subseksyen (1), seksyen 368b, 368d atau 369c, atau syarikat berkaitannya di bawah seksyen 368a, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam tempoh dua belas bulan sebelumnya.”.

Seksyen baharu 368a, 368b, 368c dan 368d

Section 11 — COMPANIES (AMENDMENT) ACT 2024 | mylaw.my