Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2024/A1701
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1701 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
Pindaan seksyen 2
Akta Syarikat 2016 [Akta 777], yang disebut “Akta ibu” dalam
Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 dengan menggantikan takrif
“pemunya benefisial” dengan takrif yang berikut:
‘ “pemunya benefisial” ertinya—
berhubung dengan syer, pemilik mutlak syer itu dan tidak termasuk penama bagi apa-apa perihalan; dan
berhubung dengan suatu syarikat, seseorang sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 60a;’.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1701
AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1701
Penggal baharu 8a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 60
penggal yang berikut:
“Penggal 8a
Pemunyaan Benefisial
Pemunya benefisial syarikat 60a. (1) Seseorang ialah pemunya benefisial bagi suatu syarikat jika orang itu ialah orang sebenar yang mempunyai milikan mutlak atau yang mempunyai kawalan mutlak ke atas suatu syarikat dan termasuk seseorang yang mempunyai kawalan berkesan mutlak ke atas sesuatu syarikat.
Pendaftar boleh mengeluarkan garis panduan bagi maksud mengenal pasti pemunya benefisial bagi suatu syarikat.
Daftar pemunya benefisial syarikat 60b. (1) Tiap-tiap syarikat hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial syarikat itu dan merekodkan dalam daftar itu—
nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial syarikat itu;
tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial syarikat itu; dan
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar.
Syarikat (Pindaan)
Daftar pemunya benefisial syarikat hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu atau mana-mana tempat lain di Malaysia sebagaimana yang diberitahu kepada
Pendaftar.
Syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial syarikat.
Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)
hendaklah diserah simpan dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu.
Syarikat hendaklah memegang simpan maklumat seseorang yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial syarikat itu selama tujuh tahun dari tarikh orang itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pendaftar hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserah simpan di bawah subseksyen (3).
Daftar pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini.
Menteri boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial syarikat yang disimpan di pejabat berdaftar sesuatu syarikat itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan Pendaftar, menetapkan—
mana-mana orang atau golongan orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial syarikat atau maklumat pemunyaan benefisial;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1701
cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial syarikat atau maklumat pemunyaan benefisial; dan
Dalam seksyen ini, “pengenalan” ertinya, dalam hal mana-mana orang yang dikeluarkan dengan kad pengenalan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959, nombor kad pengenalan itu, dan dalam hal seseorang itu tidak dikeluarkan dengan kad pengenalan, butir-butir pasport atau keterangan pengenalan lain yang seumpama sebagaimana yang ada.
Kuasa syarikat untuk menghendaki penzahiran pemunya benefisial syarikat 60c. (1) Suatu syarikat hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana anggota syarikat dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk memaklumkan syarikat sama ada anggota itu merupakan pemunya benefisial syarikat itu atau jika anggota itu bukan pemunya benefisial syarikat itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial syarikat itu; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 60b(1).
Jika suatu syarikat mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial syarikat itu, syarikat itu hendaklah melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk menyatakan sama ada orang itu merupakan pemunya benefisial syarikat itu atau jika orang itu bukan pemunya benefisial syarikat itu, untuk
Syarikat (Pindaan)
7
menyatakan sama ada orang itu mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial syarikat itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang lain itu yang dalam pengetahuannya; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 60b(1).
Jika suatu syarikat mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana anggota atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial syarikat itu, syarikat itu hendaklah melalui notis secara bertulis menghendaki anggota atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
untuk menyatakan bahawa sama ada orang itu mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial syarikat itu dan memberikan apa-apa butir-butir orang lain itu yang dalam pengetahuannya; dan
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 60b(1).
Apabila suatu syarikat menerima maklumat daripada seseorang yang kepadanya notis diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), syarikat itu hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu—
butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1701
Jika suatu syarikat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial syarikat yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu, syarikat hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial syarikat itu—
untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan
Jika suatu syarikat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial syarikat yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial syarikat mungkin tidak betul, syarikat itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial syarikat itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak betul, untuk memberikan butir-butir yang betul.
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (1), (2), (3), (4), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana notis di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan melainkan jika orang itu membuktikan bahawa maklumat yang diperkatakan itu telah berada dalam milikan syarikat itu atau bahawa kehendak untuk memberikan maklumat itu adalah atas apa-apa sebab lain yang remeh atau menyusahkan.
Mana-mana orang yang berupa mematuhi mana-mana notis di bawah seksyen ini membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan palsu melakukan suatu kesalahan.
Syarikat (Pindaan)
9
Kewajipan pemunya benefisial syarikat untuk memberikan maklumat 60d. (1) Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan—
memberitahu syarikat itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial syarikat itu; dan
Seseorang yang merupakan pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah memberitahu syarikat itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu.
Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah memberitahu syarikat itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Pengecualian daripada Penggal ini 60e. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, mengecualikan apa-apa kelas syarikat daripada pemakaian
Penggal ini sama ada tidak bersyarat atau tertakluk pada apa-apa terma yang boleh dikenakan oleh Menteri, jika syarikat itu tertakluk pada apa-apa kehendak di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang serupa dengan Penggal ini.”.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1701
Pindaan seksyen 68
Subseksyen 68(3) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (i), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu; dan
dengan memasukkan selepas perengan (i) perenggan yang berikut:
“(ia) maklumat pemunyaan benefisial syarikat itu;
(ib) alamat yang daftar pemunya benefisial syarikat itu disimpan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 60b(2), jika tidak disimpan di pejabat berdaftarnya; dan”.
Pindaan seksyen 152
Subseksyen 152(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “mana-mana tawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali”
dengan perkataan “mana-mana tawaran terkecuali, pelawaan terkecuali atau terbitan terkecuali”.
Pindaan seksyen 258
Seksyen 258 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Berhubung dengan syarikat persendirian, Pendaftar boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, melanjutkan tempoh yang dalam tempoh itu penyata kewangan dan laporan dikehendaki untuk diedarkan oleh syarikat persendirian jika syarikat persendirian itu membuat suatu permohonan bagi pelanjutan tempoh pengedaran sebelum habis tempoh yang disebut dalam perenggan (1)(a).”.
Syarikat (Pindaan)
11
Pindaan seksyen 264
Seksyen 264 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Walau apa pun perenggan (4)(b), tiada pekongsi firma boleh dihilangkan kelayakan oleh sebab pasangannya menjadi seorang pegawai syarikat itu, jika sebab itu tidak menjejaskan kebebasan juruaudit dan firma juruaudit.
Pendaftar boleh mengeluarkan garis panduan bagi maksud menentukan kebebasan juruaudit dan firma juruaudit.”.
Pindaan seksyen 365
Seksyen 365 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas takrif “syarikat” takrif yang berikut:
‘ “syarikat berkaitan” ertinya suatu syarikat yang merupakan syarikat subsidiari, syarikat pemegangan atau syarikat pemegangan muktamad, bagi suatu syarikat subjek;
“syarikat subjek” ertinya suatu syarikat yang telah membuat permohonan di bawah subseksyen 368(1);’.
Pindaan seksyen 366
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Mahkamah boleh memerintahkan suatu mesyuarat dipanggil secara terus mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atas suatu permohonan kepada Mahkamah bagi kelulusan kompromi atau perkiraan oleh—
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Semua mesyuarat yang diadakan menurut suatu perintah Mahkamah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dipengerusikan oleh seseorang yang merupakan—
seseorang yang dipilih oleh majoriti dalam nilai pemiutang atau kelas pemiutang atau anggota atau kelas anggota, jika tiada pengamal insolvensi dilantik di bawah subseksyen 367(3).”.
Penggantian seksyen 367
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 367 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Pengamal insolvensi yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menyediakan suatu laporan mengenai kebolehlaksanaan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan dan hendaklah membentangkan laporan itu dalam mesyuarat pemiutang atau anggota yang diadakan di bawah seksyen 366.
Syarikat (Pindaan)
Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah hendaklah melantik seorang pengamal insolvensi bagi syarikat itu apabila—
syarikat itu membuat suatu permohonan di bawah seksyen 368b, 368d atau 369c; atau
syarikat berkaitan bagi syarikat itu membuat suatu permohonan di bawah seksyen 368a.
Pengamal insolvensi yang dilantik di bawah seksyen ini—
hendaklah mempunyai hak untuk mengakses semua rekod syarikat pada setiap masa yang munasabah;
dan
berhak untuk menghendaki daripada mana-mana pegawai syarikat apa-apa maklumat dan penjelasan sebagaimana yang dikehendakinya bagi maksud kewajipannya.
Jika seorang pengamal insolvensi dilantik di bawah subseksyen (3), pengamal insolvensi itu hendaklah menyediakan dan mengemukakan suatu laporan mengenai kemajuan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan kepada
Mahkamah mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah sebelum kompromi atau perkiraan itu diluluskan menurut subseksyen 366(4).
Pengamal insolvensi yang dilantik di bawah seksyen ini berhak untuk menerima saraan—
sebagaimana yang dipersetujui antara syarikat dengan pengamal insolvensi itu; atau
jika tiada persetujuan antara syarikat dengan pengamal insolvensi, sebagaimana yang ditetapkan oleh
Mahkamah dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (3).
Dalam membuat perintah di bawah perenggan (6)(b),
Mahkamah boleh menyatakan orang yang olehnya saraan pengamal insolvensi itu hendaklah dibayar.”.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1701
Pindaan seksyen 368
“Kuasa Mahkamah untuk melantik pengamal insolvensi
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Jika tiada perintah telah dibuat atau tiada ketetapan telah diluluskan bagi penggulungan suatu syarikat dan suatu kompromi atau perkiraan telah dicadangkan antara syarikat dengan pemiutangnya atau mana-mana kelas pemiutang itu, Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada mana-mana kuasanya, atas suatu permohonan secara terus oleh syarikat itu atau mana-mana anggota atau pemiutang syarikat itu, memberikan suatu perintah halangan bagi suatu tempoh tidak lebih daripada tiga bulan dari tarikh perintah halangan itu diberikan.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Apabila suatu permohonan bagi perintah halangan difailkan di bawah subseksyen (1) dan sehingga permohonan itu diputuskan oleh Mahkamah atau sehingga luput dua bulan dari tarikh pemfailan permohonan itu, mengikut mana-mana yang lebih awal—
tiada perintah boleh dibuat, dan tiada ketetapan boleh diluluskan, bagi penggulungan syarikat itu;
tiada penerima atau penerima dan pengurus boleh dilantik ke atas mana-mana pengusahaan atau harta syarikat itu;
tiada prosiding boleh dimulakan atau diteruskan terhadap syarikat itu selain prosiding di bawah seksyen 366, 368c, 368d, 369a atau 370 kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;
Syarikat (Pindaan)
tiada pelaksanaan, distres atau proses undang-undang lain boleh dimulakan, diteruskan atau dikenakan terhadap apa-apa harta syarikat itu kecuali dengan keizinan
Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh
Mahkamah;
tiada langkah-langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa harta syarikat itu, atau untuk memiliki semula apa-apa barang yang dipegang oleh syarikat itu di bawah apa-apa perjanjian pemajakan catel, perjanjian sewa beli atau perjanjian pemegangan hakmilik, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah; dan
tiada hak kemasukan semula atau pelucuthakan di bawah apa-apa pajakan berkenaan dengan mana-mana premis yang diduduki oleh syarikat itu boleh dikuatkuasakan kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Mahkamah boleh memberikan suatu perintah halangan di bawah subseksyen (1) kepada sesuatu syarikat selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan dan Mahkamah boleh atas permohonan syarikat itu, melanjutkan tempoh ini selama tidak lebih daripada sembilan bulan jika” dengan perkataan “Tertakluk pada apa-apa terma yang dikenakan oleh Mahkamah, Mahkamah boleh memberikan suatu pelanjutan tempoh tidak lebih daripada sembilan bulan kepada tempoh perintah halangan yang disebut dalam subseksyen (1) kepada suatu syarikat jika”; dan
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1701
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Suatu perintah halangan yang diberikan di bawah subseksyen (1) dan suatu pelanjutan tempoh perintah halangan yang diberikan di bawah subseksyen (2)
boleh termasuk satu atau lebih perintah yang berikut:
tiada perintah boleh dibuat, dan tiada ketetapan boleh diluluskan, bagi penggulungan syarikat itu;
tiada penerima atau penerima dan pengurus boleh dilantik ke atas mana-mana pengusahaan atau harta syarikat itu;
tiada prosiding boleh dimulakan atau diteruskan terhadap syarikat itu selain prosiding di bawah seksyen ini, seksyen 366, 368c, 368d, 369a atau 370 kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;
tiada pelaksanaan, distres atau proses undang-undang lain boleh dimulakan, diteruskan atau dikenakan terhadap apa-apa harta syarikat itu kecuali dengan keizinan
Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;
tiada langkah-langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa harta syarikat itu, atau untuk memiliki semula apa-apa barang yang dipegang oleh syarikat itu di bawah apa-apa perjanjian pemajakan catel, perjanjian sewa beli atau perjanjian pemegangan hakmilik, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;
Syarikat (Pindaan)
tiada hak kemasukan semula atau pelucuthakan di bawah apa-apa pajakan berkenaan dengan mana-mana premis yang diduduki oleh syarikat itu boleh dikuatkuasakan kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.
Tiada perintah halangan di bawah seksyen ini boleh diberikan kepada suatu syarikat jika suatu perintah telah diberikan kepada syarikat itu di bawah subseksyen (1), seksyen 368b, 368d atau 369c, atau syarikat berkaitannya di bawah seksyen 368a, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam tempoh dua belas bulan sebelumnya.”.
Seksyen baharu 368a, 368b, 368c dan 368d
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 368
seksyen yang berikut:
“Kuasa Mahkamah untuk menghalang prosiding, dsb., terhadap syarikat berkaitan 368a. (1) Jika Mahkamah telah memberikan suatu perintah halangan di bawah subseksyen 368(1) atau pelanjutan tempoh perintah itu di bawah subseksyen 368(2) berhubung dengan syarikat subjek, Mahkamah boleh, atas permohonan syarikat berkaitan, memberikan perintah halangan selama tempoh tidak lebih daripada tempoh perintah itu diberikan kepada syarikat subjek.
Apabila syarikat berkaitan membuat suatu permohonan di bawah subseksyen (1), syarikat berkaitan itu hendaklah—
menyiarkan suatu notis tentang permohonan itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar; dan
melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya, menghantar suatu notis tentang permohonan itu kepada setiap pemiutang syarikat berkaitan itu yang mungkin terjejas dengan perintah halangan yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1701
Mahkamah boleh memberikan suatu perintah halangan kepada syarikat berkaitan jika Mahkamah berpuas hati bahawa—
tiada perintah telah dibuat, dan tiada ketetapan telah diluluskan, bagi penggulungan syarikat berkaitan itu;
perintah halangan yang diberikan kepada syarikat subjek di bawah subseksyen 368(1) atau (2) masih berkuat kuasa;
syarikat berkaitan memainkan peranan perlu dan penting dalam kompromi atau perkiraan syarikat subjek;
kompromi atau perkiraan yang disebut dalam perenggan (c) akan terkecewa jika satu atau lebih tindakan yang boleh dihalang oleh perintah halangan itu diambil terhadap syarikat berkaitan; dan
pemiutang syarikat berkaitan tidak akan dimudaratkan secara tidak adil jika suatu perintah halangan diberikan.
Suatu perintah halangan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk satu atau lebih perintah yang berikut:
tiada perintah boleh dibuat, dan tiada ketetapan boleh diluluskan, bagi penggulungan syarikat berkaitan;
tiada penerima atau penerima dan pengurus boleh dilantik ke atas mana-mana pengusahaan atau harta syarikat berkaitan;
tiada prosiding boleh dimulakan atau diteruskan terhadap syarikat berkaitan selain prosiding di bawah seksyen ini, seksyen 366, 368c, 368d, 369a atau 370, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;
Syarikat (Pindaan)
tiada pelaksanaan, distres atau proses undang-undang lain boleh dimulakan, diteruskan atau dikenakan terhadap apa-apa harta syarikat berkaitan, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh
Mahkamah;
tiada langkah-langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa harta syarikat berkaitan, atau untuk memiliki semula apa-apa barang yang dipegang oleh syarikat berkaitan itu di bawah apa-apa perjanjian pemajakan catel, perjanjian sewa beli atau perjanjian pemegangan hakmilik, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;
tiada hak kemasukan semula atau pelucuthakan di bawah apa-apa pajakan berkenaan dengan mana-mana premis yang diduduki oleh syarikat berkaitan boleh dikuatkuasakan kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.
Mahkamah boleh, atas permohonan oleh syarikat berkaitan, memberikan suatu perintah untuk melanjutkan tempoh perintah yang diberikan di bawah subseksyen (1)
selama tempoh tidak lebih daripada tempoh perintah halangan yang diberikan kepada syarikat subjek di bawah seksyen 368.
Syarikat berkaitan, mana-mana pemiutang syarikat berkaitan itu atau mana-mana penerima dan pengurus keseluruhan atau sebahagian besar daripada keseluruhan, pengusahaan atau harta syarikat berkaitan itu, boleh memohon kepada Mahkamah bagi suatu perintah untuk melepaskan atau mengubah mana-mana perintah halangan yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Syarikat berkaitan hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas tarikh suatu perintah diberikan di bawah subseksyen (1), (5) atau (6), menyerah simpan suatu salinan pejabat perintah itu dengan Pendaftar.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1701
Keutamaan paling tinggi bagi pembiayaan penyelamat bagi kompromi atau perkiraan 368b. (1) Jika suatu syarikat telah membuat suatu permohonan di bawah subseksyen 366(1) atau subseksyen 368(1),
Mahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh syarikat itu di bawah seksyen ini, memberikan satu atau lebih perintah yang berikut:
suatu perintah bahawa jika syarikat itu digulungkan, walau apa pun subseksyen 527(1), hutang yang berbangkit daripada apa-apa pembiayaan penyelamat yang diperoleh oleh syarikat itu hendaklah dibayar sebaik selepas kos dan perbelanjaan penggulungan syarikat yang disebut dalam perenggan 527(1)(a)
dibayar;
suatu perintah untuk menjamin hutang yang berbangkit daripada mana-mana pembiayaan penyelamat yang selainnya tidak berupaya diperoleh oleh syarikat itu melainkan jika hutang itu dijamin dengan—
suatu kepentingan cagaran atas harta syarikat yang tidak tertakluk pada apa-apa kepentingan cagaran; atau
suatu kepentingan cagaran lebih rendah atas harta syarikat yang tertakluk pada kepentingan cagaran yang sedia ada;
suatu perintah untuk menjamin hutang yang berbangkit daripada mana-mana pembiayaan penyelamat yang akan diperoleh oleh syarikat itu dengan suatu kepentingan cagaran yang mempunyai keutamaan yang sama dengan atau keutamaan yang lebih tinggi daripada kepentingan cagaran yang sedia ada atas harta syarikat itu, jika—
syarikat itu tidak berupaya untuk memperoleh pembiayaan penyelamat daripada mana-mana orang melainkan jika hutang yang berbangkit daripada pembiayaan penyelamat itu dijamin mengikut cara yang disebut dalam perenggan ini; dan
kepentingan pemegang kepentingan cagaran yang sedia ada dilindungi secukupnya.
Syarikat (Pindaan)
Suatu syarikat yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, menghantar suatu notis tentang permohonan itu kepada setiap pemiutang syarikat itu.
Pengakasan atau ubah suaian disebabkan rayuan kepada perintah di bawah perenggan (1)(b) atau (c) tidak menjejaskan kesahan apa-apa hutang yang ditanggung, atau apa-apa kepentingan cagaran yang telah diberikan menurut perintah itu, atau keutamaan kepentingan cagaran itu, jika hutang yang berbangkit daripada pembiayaan penyelamat yang dihasratkan untuk dijamin oleh kepentingan cagaran itu telah diberikan dengan suci hati, sama ada dengan pengetahuan tentang rayuan itu atau tidak, melainkan jika perintah itu telah digantung sementara menunggu rayuan sebelum pembiayaan penyelamat diberikan.
Bagi maksud subperenggan (1)(c)(ii), kepentingan pemegang kepentingan cagaran yang sedia ada dilindungi secukupnya jika—
Mahkamah memerintahkan supaya syarikat membuat satu atau lebih pembayaran tunai kepada pemegang itu, yang jumlah keseluruhan amaunnya mencukupi untuk membayar pampasan kepada pemegang itu bagi apa-apa pengurangan nilai kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu yang boleh berlaku akibat daripada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(c);
Mahkamah memerintahkan supaya syarikat memberikan kepada pemegang itu cagaran tambahan atau gantian dengan suatu nilai yang mencukupi untuk membayar pampasan kepada pemegang itu bagi apa-apa pengurangan nilai kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu yang boleh berlaku akibat daripada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(c); atau
Mahkamah memberikan apa-apa relif, selain pampasan, yang akan mengakibatkan penghasilan oleh pemegang itu kepentingan cagaran yang tidak diragui setara dengan kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1701
Jika syarikat yang mempunyai dua atau lebih hutang dengan keutamaan paling tinggi digulungkan, hutang dengan keutamaan paling tinggi—
mempunyai keutamaan yang sama kedudukan antara semua hutang dengan keutamaan paling tinggi itu;
dan
hendaklah dibayar sepenuhnya atau, jika syarikat itu tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk menyelesaikan hutang itu, hendaklah berada pada kedudukan pari passu dan hendaklah dibayar mengikut kadar yang sama antara semua hutang dengan keutamaan paling tinggi itu.
Seksyen 426 dan 528 tidak menjejaskan apa-apa keutamaan yang diberikan, apa-apa kepentingan cagaran atau relif yang diberikan, atau apa-apa pembayaran yang dibuat, menurut dan mengikut perintah yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Suatu syarikat hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas tarikh suatu perintah diberikan di bawah subseksyen (1), menyerah simpan salinan pejabat perintah itu kepada Pendaftar.
Dalam seksyen ini—
“pembiayaan penyelamat” ertinya apa-apa pembiayaan yang memenuhi satu atau lebih syarat yang berikut:
pembiayaan itu diperlukan untuk penerusan syarikat yang memperoleh pembiayaan atau keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan syarikat itu sebagai suatu usaha berterusan;
pembiayaan itu diperlukan untuk kelulusan
Mahkamah di bawah subseksyen 366(4) atau subseksyen 369c(5) bagi suatu kompromi atau perkiraan yang disebut dalam subseksyen 366(1)
atau subseksyen 369c(1), mengikut mana-mana yang berkenaan, yang melibatkan syarikat yang memperoleh pembiayaan itu;
Syarikat (Pindaan)
pembiayaan itu diperlukan untuk mencapai penghasilan aset yang lebih menguntungkan bagi syarikat yang memperoleh pembiayaan itu, berbanding dengan penggulungan syarikat itu;
“kepentingan cagaran” ertinya apa-apa gadai janji, gadaian, sandaran, lien atau jenis kepentingan cagaran lain yang diiktiraf oleh undang-undang;
“hutang dengan keutamaan paling tinggi” ertinya suatu hutang, yang berbangkit daripada apa-apa pembiayaan penyelamat yang diperoleh atau yang akan diperoleh oleh suatu syarikat, yang mempunyai keutamaan, menurut susunan di bawah subseksyen (1), ke atas semua hutang keutamaan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(b) hingga (f) dan semua hutang tidak bercagar lain, jika syarikat itu digulungkan.
Halangan pelupusan harta, dsb., dalam tempoh perintah halangan 368c. (1) Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana pemiutang suatu syarikat subjek atau syarikat berkaitan pada bila-bila masa semasa perintah halangan diberikan di bawah seksyen 368 atau 368a berkuat kuasa, memberikan satu atau lebih perintah yang berikut:
suatu perintah yang menghalang pelupusan harta syarikat subjek atau syarikat berkaitan selain dalam perjalanan biasa perniagaannya;
suatu perintah yang menghalang pemindahan apa-apa syer syarikat subjek atau syarikat berkaitan;
suatu perintah yang menghalang pengubahan hak mana-mana anggota syarikat subjek atau syarikat berkaitan.
Tempoh perintah yang diberikan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi tarikh habis tempoh perintah halangan yang diberikan di bawah seksyen 368 atau 368a.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1701
Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan persetujuan 368d. (1) Seksyen ini terpakai jika—
suatu kompromi atau perkiraan antara suatu syarikat dengan pemiutangnya atau mana-mana kelas pemiutang telah diundi dalam suatu mesyuarat berkaitan;
pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan diletakkan dalam dua atau lebih kelas pemiutang bagi maksud mengundi kompromi atau perkiraan dalam suatu mesyuarat berkaitan;
syarat dalam subseksyen 366(3), setakat yang terpakai, dipenuhi dalam mesyuarat berkaitan berkenaan dengan sekurang-kurangnya satu kelas pemiutang; dan
syarat dalam subseksyen 366(3), setakat yang terpakai, tidak dipenuhi dalam mesyuarat berkaitan berkenaan dengan sekurang-kurangnya satu kelas pemiutang, setiap satunya dinamakan sebagai kelas yang menentang dalam seksyen ini.
Walau apa pun subseksyen 366(1) dan (3), Mahkamah boleh, tertakluk pada seksyen ini dan atas permohonan oleh syarikat, atau oleh pemiutang syarikat yang telah memperoleh keizinan Mahkamah untuk membuat permohonan di bawah subseksyen ini, meluluskan kompromi atau perkiraan, dan memerintahkan supaya syarikat dan semua kelas pemiutang yang berkenaan hendaklah terikat dengan kompromi atau perkiraan itu.
Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2) jika—
suatu majoriti sebanyak tujuh puluh lima peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pemiutang atau kelas pemiutang atau anggota atau kelas anggota yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan itu, dan yang hadir dan mengundi sama ada dengan sendiri atau melalui proksi dalam mesyuarat berkaitan, telah bersetuju dengan kompromi atau perkiraan itu; dan
Syarikat (Pindaan)
Mahkamah berpuas hati bahawa kompromi atau perkiraan itu tidak akan mendiskriminasi secara tidak adil antara dua atau lebih kelas pemiutang dan adalah adil dan saksama kepada setiap kelas yang menentang.
Bagi maksud perenggan (3)(b), suatu kompromi atau perkiraan adalah adil dan saksama terhadap kelas yang menentang jika syarat yang berikut dipenuhi:
tiada pemiutang dalam kelas yang menentang itu menerima, di bawah terma kompromi atau perkiraan itu, suatu amaun yang lebih rendah daripada amaun yang akan diterima oleh pemiutang sebagaimana yang dianggarkan oleh Mahkamah dalam keadaan yang paling mungkin jika kompromi atau perkiraan itu tidak mengikat syarikat dan semua kelas pemiutang berkenaan yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan itu; dan
jika pemiutang dalam kelas yang menentang adalah pemiutang bercagar, terma kompromi atau perkiraan itu—
hendaklah memperuntukkan bagi setiap pemiutang dalam kelas yang menentang untuk menerima pembayaran tunai yang tertangguh yang menjumlahkan amaun tuntutan pemiutang yang dijamin dengan cagaran yang dipegang oleh pemiutang, dan memelihara cagaran itu dan takat tuntutan itu, sama ada atau tidak harta yang tertakluk pada cagaran itu akan dipegang simpan oleh syarikat atau dipindahkan kepada entiti yang lain di bawah terma kompromi atau perkiraan itu;
Undang-Undang Malaysia 26
Akta A1701
hendaklah memperuntukkan bahawa jika cagaran yang dipegang oleh mana-mana pemiutang dalam kelas yang menentang untuk menjamin tuntutan pemiutang yang akan dihasilkan oleh syarikat bebas daripada bebanan, pemiutang mempunyai gadaian ke atas hasil daripada penghasilan itu untuk menyelesaikan tuntutan pemiutang yang dijamin oleh cagaran itu; atau
hendaklah memperuntukkan bahawa setiap pemiutang dalam kelas yang menentang berhak untuk menghasilkan nilai yang tidak diragui setara dengan cagaran yang dipegang oleh pemiutang bagi tujuan menyelesaikan tuntutan pemiutang yang dijamin oleh cagaran itu; atau
jika pemiutang dalam kelas yang menentang adalah pemiutang tidak bercagar, terma kompromi atau perkiraan itu—
hendaklah memperuntukkan bagi setiap pemiutang dalam kelas itu untuk menerima harta yang mempunyai nilai yang sama dengan amaun tuntutan pemiutang; atau
hendaklah tidak memperuntukkan bagi mana-mana pemiutang dengan tuntutan yang lebih rendah daripada tuntutan pemiutang dalam kelas yang menentang, atau mana-mana anggota, untuk menerima atau memegang simpan apa-apa harta bagi tuntutan lebih rendah atau kepentingan anggota.
Syarikat (Pindaan)
Mahkamah boleh menghendaki pengamal insolvensi yang dilantik di bawah subseksyen 367(3) untuk membantu
Mahkamah dalam menganggarkan amaun yang dijangka akan diterima oleh pemiutang dalam keadaan yang paling mungkin jika kompromi atau perkiraan itu tidak mengikat syarikat dan semua kelas pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan itu.
Dalam seksyen ini, “mesyuarat berkaitan” ertinya—
jika kompromi atau perkiraan yang diperkatakan itu tertakluk pada undian semula di bawah subseksyen 369a(1), mesyuarat yang diadakan bagi maksud itu; atau
mesyuarat yang diperintahkan oleh Mahkamah di bawah subseksyen 366(1) atau, jika mesyuarat itu ditangguhkan di bawah subseksyen 366(2), mesyuarat yang ditangguhkan itu.”.
Seksyen baharu 369a, 369b, 369c dan 369d
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 369
seksyen yang berikut:
“Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan undian semula 369a. (1) Semasa pendengaran permohonan untuk kelulusan
Mahkamah bagi suatu kompromi atau perkiraan di bawah subseksyen 366(4), Mahkamah boleh memerintahkan syarikat untuk mengadakan mesyuarat pemiutang atau kelas pemiutang yang lain bagi maksud undian semula kompromi atau perkiraan itu tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
boleh memperuntukkan satu atau lebih perkara yang berikut:
pengelasan mana-mana pemiutang bagi maksud mengundi dalam mesyuarat selanjutnya;
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1701
amaun hutang mana-mana pemiutang yang akan diterima masuk bagi maksud mengundi dalam mesyuarat selanjutnya;
wajaran yang diletakkan pada undian mana-mana pemiutang dalam mesyuarat selanjutnya.
Mesyuarat yang diadakan menurut suatu perintah
Mahkamah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dipengerusikan oleh seseorang yang merupakan—
seseorang yang dipilih oleh majoriti dalam nilai pemiutang atau kelas pemiutang atau anggota atau kelas anggota, jika tiada pengamal insolvensi dilantik di bawah subseksyen 367(3).
Pemfailan, pemeriksaan dan penghukuman bukti hutang 369b. (1) Jika Mahkamah memerintahkan suatu mesyuarat di bawah subseksyen 366(1) dipanggil, syarikat hendaklah menyatakan dalam tiap-tiap notis yang disebut dalam subseksyen 369(1) yang memanggil mesyuarat itu—
Jika pemiutang tidak memfailkan bukti hutang pemiutang mengikut cara dan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang memanggil mesyuarat, pemiutang itu tidak dibenarkan untuk mengundi, sama ada secara sendiri atau melalui proksi, dalam mesyuarat itu.
Walau apa pun subseksyen (2), Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat oleh syarikat atau pemiutang, memberikan suatu perintah melanjutkan tempoh yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat yang dalam tempoh itu bukti hutang perlu difailkan.
Syarikat (Pindaan)
Setelah diberikan suatu perintah di bawah subseksyen (3), syarikat hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menghantar notis tentang perintah itu kepada setiap pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan itu.
Tiap-tiap bukti hutang yang difailkan di bawah seksyen ini hendaklah diadjudikasi oleh pengerusi mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen 366(1).
Pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang berhak untuk memeriksa keseluruhan atau mana-mana bahagian bukti hutang yang difailkan oleh mana-mana pemiutang lain, kecuali bahagian bukti pemiutang lain yang mengandungi maklumat yang tertakluk pada apa-apa obligasi mengenai kerahsiaan, atau apa-apa sekatan lain atas penzahiran maklumat, yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau kaedah kelakuan profesional, atau oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Pengerusi hendaklah memaklumkan setiap pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang mengenai keputusan adjudikasi bukti hutang yang difailkan oleh semua pemiutang dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang boleh membantah satu atau lebih perkara yang berikut:
penolakan oleh pengerusi bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian bukti hutang pemiutang;
penerimaan oleh pengerusi bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian bukti hutang yang difailkan oleh pemiutang yang lain;
permintaan oleh pemiutang yang lain untuk memeriksa keseluruhan atau mana-mana bahagian bukti hutang pemiutang.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta A1701
Apa-apa pertikaian antara pengerusi dengan syarikat, antara pengerusi dengan satu atau lebih pemiutang berhubung dengan penolakan bukti hutang, atau antara dua atau lebih pemiutang berhubung dengan pemeriksaan atau penerimaan bukti hutang, boleh diadjudikasi oleh seorang penilai bebas yang dilantik—
mana-mana pihak kepada pertikaian itu; atau
Penilai bebas yang dilantik di bawah subseksyen (9)
berhak untuk menerima saraan yang hendaklah ditentukan—
dengan persetujuan semua pihak kepada pertikaian yang akan diadjudikasi oleh penilai bebas, jika penilai bebas dilantik dengan persetujuan pihak-pihak itu; atau
Jika pemiutang, syarikat atau pengerusi tidak bersetuju dengan mana-mana keputusan penilai bebas mengenai adjudikasi di bawah subseksyen (9) berhubung dengan pemeriksaan, penerimaan atau penolakan bukti hutang, pemiutang, syarikat atau pengerusi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memfailkan notis pertentangan itu dengan menyatakan alasan tidak bersetuju mengenai keputusan itu kepada Mahkamah mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar tidak kurang daripada tujuh hari sebelum pendengaran permohonan di bawah subseksyen 366(4).
Syarikat (Pindaan)
Orang yang memfailkan notis pertentangan itu hendaklah menghantar suatu salinan notis yang difailkan di bawah subseksyen (11) kepada—
mana-mana pemiutang yang telah memfailkan bukti hutang dengan syarikat bagi maksud mengundi dalam mesyuarat yang diadakan di bawah subseksyen 366(1), atas permintaan pemiutang itu.
Dalam menentukan sama ada suatu kelulusan hendaklah diberikan atau tidak di bawah subseksyen 366(4),
Mahkamah hendaklah mengambil kira apa-apa notis pertentangan yang difailkan di bawah subseksyen (11).
Kuasa Mahkamah untuk meluluskan kompromi atau perkiraan tanpa mesyuarat pemiutang 369c. (1) Jika suatu kompromi atau perkiraan yang dicadangkan antara syarikat dengan pemiutangnya atau mana-mana kelas pemiutang itu, Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat oleh syarikat, memberikan suatu perintah yang meluluskan kompromi atau perkiraan itu tanpa apa-apa mesyuarat pemiutang atau kelas pemiutang.
Jika kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu diluluskan melalui perintah Mahkamah di bawah subseksyen (1), kompromi atau perkiraan yang diluluskan itu mengikat syarikat dan pemiutang atau kelas pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan itu.
Mahkamah tidak boleh meluluskan suatu kompromi atau perkiraan di bawah subseksyen (1) melainkan jika—
syarikat itu telah memberi setiap pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu suatu pernyataan yang mematuhi subseksyen (6) dan mengandungi maklumat yang berikut:
maklumat berkenaan harta, aset, aktiviti perniagaan, keadaan kewangan dan prospek syarikat;
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1701
maklumat tentang cara terma kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu akan, jika terma itu berkuat kuasa, menjejaskan hak pemiutang;
apa-apa maklumat lain yang perlu untuk membolehkan pemiutang membuat suatu keputusan termaklum mengenai kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu;
syarikat itu telah menyiarkan suatu notis tentang permohonan di bawah subseksyen (1) mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar;
syarikat itu telah menghantar suatu notis dan salinan permohonan di bawah subseksyen (1) kepada setiap pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu; dan
Mahkamah berpuas hati bahawa sekiranya suatu mesyuarat pemiutang atau kelas pemiutang dipanggil, syarat dalam subseksyen 366(3) akan dipenuhi.
Walau apa pun perenggan (3)(c), syarikat boleh, jika diarahkan oleh Mahkamah, memberikan notis tentang permohonan di bawah subseksyen (1) kepada pemiutang atau kelas pemiutang mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.
Mahkamah boleh memberikan kelulusannya bagi suatu kompromi atau perkiraan yang dicadangkan tertakluk pada apa-apa perubahan atau syarat sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah.
Pernyataan yang disebut dalam perenggan (3)(a)
hendaklah—
menjelaskan kesan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu dan, khususnya, menyatakan—
apa-apa kepentingan material pengarah syarikat, sama ada sebagai pengarah atau anggota atau pemiutang syarikat atau selainnya; dan
Syarikat (Pindaan)
kesan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu terhadap kepentingan itu, setakat yang kesan itu berlainan daripada kesan kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu terhadap kepentingan orang lain yang serupa; dan
jika kompromi atau perkiraan yang dicadangkan itu menjejaskan hak pemegang debentur, mengandungi penjelasan yang serupa sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (a) berkenaan dengan pemegang amanah bagi pemegang debentur.
Setiap pengarah syarikat dan setiap pemegang amanah bagi pemegang debentur hendaklah memberikan notis kepada syarikat mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengarah atau pemegang amanah bagi pemegang debentur itu sebagaimana yang perlu bagi maksud subseksyen (6)
dalam masa tujuh hari selepas pengarah atau pemegang amanah bagi pemegang debentur itu menerima permintaan secara bertulis daripada syarikat bagi maklumat mengenai perkara itu.
Mana-mana pengarah syarikat atau pemegang amanah bagi pemegang debentur yang melanggar subseksyen (7)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.
Seseorang, yang merupakan pengarah syarikat atau pemegang amanah bagi pemegang debentur, tidak melakukan kesalahan di bawah subseksyen (8) jika orang itu menunjukkan bahawa pelanggaran subseksyen (7) oleh orang itu disebabkan penolakan oleh pengarah syarikat yang lain atau pemegang amanah bagi pemegang debentur yang lain untuk memberi orang itu butir-butir mengenai kepentingan material orang itu yang terjejas disebabkan oleh kompromi atau perkiraan itu.
Melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)—
tidak mempunyai kesan sehingga suatu salinan pejabat perintah itu diserah simpan dengan Pendaftar; dan
Undang-Undang Malaysia 34
Akta A1701
setelah diserah simpan, perintah itu hendaklah mempunyai kesan pada dan dari tarikh penyerahsimpanan itu atau apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah dan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Jika terma apa-apa kompromi atau perkiraan yang diluluskan di bawah seksyen ini memperuntukkan apa-apa wang atau balasan lain untuk dipegang oleh atau bagi pihak mana-mana pihak kepada kompromi atau perkiraan itu sebagai amanah bagi mana-mana orang, orang yang memegang wang atau balasan lain itu hendaklah selepas habis tempoh dua tahun tetapi sebelum habis tempoh sepuluh tahun, bermula dari tarikh wang atau balasan lain itu diterima oleh orang itu, memindahkan wang atau balasan lain itu kepada Pegawai Penerima.
Pegawai Penerima hendaklah—
berurusan dengan apa-apa wang yang diterima di bawah subseksyen (11) seolah-olah wang itu telah dibayar kepada Pegawai Penerima di bawah seksyen 508; dan
menjual atau melupuskan apa-apa balasan lain yang diterima di bawah subseksyen (11) mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Pegawai Penerima, dan menguruskan hasil jualan atau pelupusan itu seolah-olah hasil itu merupakan wang yang dibayar kepada Pegawai Penerima di bawah seksyen 508.
Kuasa Mahkamah untuk menyemak semula tindakan, peninggalan atau keputusan, dsb., selepas kelulusan, dsb., kompromi atau perkiraan 369d. (1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana syarikat atau pemiutang yang terikat dengan kompromi atau perkiraan yang telah diluluskan oleh Mahkamah di bawah subseksyen 366(4) atau subseksyen 369c(1), menjelaskan apa-apa terma kompromi atau perkiraan.
Syarikat (Pindaan)
Jika Mahkamah berpuas hati bahawa syarikat telah melakukan suatu tindakan atau peninggalan, atau membuat keputusan, yang mengakibatkan pelanggaran apa-apa terma kompromi atau perkiraan itu, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemiutang yang terikat dengan kompromi atau perkiraan itu—
mengesahkan, mengakas atau mengubah suai tindakan, peninggalan atau keputusan syarikat itu; atau
memberikan apa-apa arahan atau membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk membetulkan tindakan, peninggalan atau keputusan syarikat itu.
Tiada penjelasan atau perintah yang dibuat, dan tiada arahan yang diberikan, oleh Mahkamah di bawah subseksyen (1)
atau (2) boleh mengubah atau menjejaskan hak mana-mana orang di bawah terma kompromi atau perkiraan itu.”.
Penggantian seksyen 395
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 395 dengan seksyen yang berikut:
“Ketidakpakaian Subpenggal ini
Quoted provision
Subpenggal ini tidak terpakai bagi—
syarikat yang merupakan suatu institusi berlesen atau pengendali sistem pembayaran ditetapkan yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia;
Bahagian II
Bahagian III
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 398
seksyen yang berikut:
“Mendapatkan balik harta yang dicagar semasa perkiraan sukarela 398a. (1) Walau apa pun seksyen 398, pemiutang bercagar boleh mengambil milikan, menjalankan apa-apa hak lain berhubung dengan, atau selainnya mendapatkan balik, harta yang dicagar semasa tempoh moratorium dalam suatu perkiraan sukarela jika—
harta yang dicagar itu tidak dikehendaki oleh syarikat untuk perkiraan sukarela itu;
moratorium itu menimbulkan risiko tinggi terhadap kewujudan harta yang dicagar itu; atau
Pemiutang bercagar hendaklah memberitahu dan mendapatkan persetujuan daripada penama sebelum mengambil milikan harta yang dicagar di bawah subseksyen (1).
Bagi maksud seksyen ini, “harta yang dicagar” ertinya apa-apa harta selain harta tak alih yang tertakluk pada gadaian atau apa-apa cagaran lain.”.
Pindaan seksyen 403
Seksyen 403 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu;
Syarikat (Pindaan)
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) syarikat yang diluluskan atau didaftarkan di bawah
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c) syarikat yang diluluskan di bawah Bahagian II
Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.”.
Penggantian seksyen 406
Seksyen 406 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Suatu perintah pengurusan kehakiman hendaklah, melainkan jika pengurusan kehakiman itu dilepaskan, terus berkuat kuasa selama tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu dibuat tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan pengurus kehakiman, melanjutkan tempoh itu tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“Jika suatu permohonan untuk melanjutkan tempoh selama enam bulan lagi sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat” dengan perkataan “Jika suatu permohonan dibuat untuk melanjutkan tempoh enam bulan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1)
kepada suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah”.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta A1701
Pindaan seksyen 411
Seksyen 411 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(5) Walau apa pun perenggan (4)(d), pemiutang bercagar boleh, selepas memberikan pemberitahuan kepada pengurus kehakiman, menguatkuasakan cagaran atas harta alih syarikat atau memiliki semula apa-apa barang dalam milikan syarikat di bawah mana-mana perjanjian sewa beli, perjanjian pemajakan catel atau perjanjian pemegangan hakmilik semasa perintah pengurusan kehakiman masih berkuat kuasa dengan mana-mana atau semua syarat yang berikut:
pengurus kehakiman mengesahkan bahawa barang atau harta alih itu tidak diperlukan oleh syarikat yang berada di bawah perintah pengurusan kehakiman;
perintah pengurusan kehakiman itu menimbulkan risiko tinggi terhadap kewujudan barang atau harta alih itu; atau
nilai barang atau harta alih itu menurun disebabkan oleh perintah pengurusan kehakiman itu.”.
Seksyen baharu 415a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 415
seksyen yang berikut:
“Keutamaan paling tinggi bagi pembiayaan penyelamat bagi pengurusan kehakiman 415a. (1) Jika suatu syarikat berada di bawah perintah pengurusan kehakiman, Mahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh pengurus kehakiman syarikat itu, memberikan satu atau lebih perintah yang berikut:
suatu perintah bahawa jika syarikat itu digulungkan, walau apa pun subseksyen 527(1), hutang yang berbangkit daripada apa-apa pembiayaan penyelamat yang diperoleh oleh syarikat itu hendaklah dibayar sebaik selepas kos dan perbelanjaan penggulungan syarikat sebagaimana yang disebut dalam perenggan 527(1)(a) dibayar;
Syarikat (Pindaan)
suatu perintah untuk menjamin hutang yang berbangkit daripada mana-mana pembiayaan penyelamat yang selainnya tidak berupaya diperoleh oleh syarikat itu melainkan jika hutang itu dijamin dengan—
suatu kepentingan cagaran atas harta syarikat yang tidak tertakluk pada apa-apa kepentingan cagaran; atau
suatu kepentingan cagaran lebih rendah atas harta syarikat yang tertakluk pada kepentingan cagaran yang sedia ada; atau
suatu perintah untuk menjamin hutang yang berbangkit daripada mana-mana pembiayaan penyelamat yang akan diperoleh oleh syarikat itu dengan suatu kepentingan cagaran yang mempunyai keutamaan yang sama dengan atau keutamaan yang lebih tinggi daripada kepentingan cagaran yang sedia ada atas harta syarikat itu, jika—
syarikat itu tidak berupaya untuk memperoleh pembiayaan penyelamat daripada mana-mana orang melainkan jika hutang yang berbangkit daripada pembiayaan penyelamat itu dijamin mengikut cara yang disebut dalam perenggan ini; dan
kepentingan pemegang kepentingan cagaran yang sedia ada dilindungi secukupnya.
Pengurus kehakiman yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah menghantar suatu notis tentang permohonan itu kepada setiap pemiutang syarikat itu.
Mana-mana pemiutang syarikat boleh menentang permohonan di bawah subseksyen (1).
Pengakasan atau ubah suaian disebabkan rayuan kepada perintah di bawah perenggan (1)(b) atau (c) tidak menjejaskan kesahan apa-apa hutang yang ditanggung, atau apa-apa kepentingan cagaran yang telah diberikan menurut perintah itu, atau keutamaan kepentingan cagaran itu,
Undang-Undang Malaysia 40
Akta A1701
jika hutang yang berbangkit daripada pembiayaan penyelamat yang dihasratkan untuk dijamin oleh kepentingan cagaran itu telah diberikan dengan suci hati, sama ada dengan pengetahuan tentang rayuan itu atau tidak, melainkan jika perintah itu telah digantung sementara menunggu rayuan sebelum pembiayaan penyelamat diberikan.
Bagi maksud subperenggan (1)(c)(ii), kepentingan pemegang kepentingan cagaran yang sedia ada dilindungi secukupnya jika—
Mahkamah memerintahkan supaya syarikat untuk membuat satu atau lebih pembayaran tunai kepada pemegang itu, yang jumlah keseluruhan amaunnya mencukupi untuk membayar pampasan kepada pemegang itu bagi apa-apa pengurangan nilai kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu yang boleh berlaku akibat daripada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(c);
Mahkamah memerintahkan supaya syarikat untuk memberikan kepada pemegang itu cagaran tambahan atau gantian dengan suatu nilai yang mencukupi untuk membayar pampasan kepada pemegang itu bagi apa-apa pengurangan nilai kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu yang boleh berlaku akibat daripada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(c); atau
Mahkamah memberikan apa-apa relif, selain pampasan, yang akan mengakibatkan penghasilan oleh pemegang itu kepentingan cagaran yang tidak diragui setara dengan kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu.
Jika syarikat yang mempunyai dua atau lebih hutang dengan keutamaan paling tinggi digulungkan, hutang dengan keutamaan paling tinggi—
mempunyai keutamaan yang sama kedudukan antara semua hutang dengan keutamaan paling tinggi itu; dan
Syarikat (Pindaan)
hendaklah dibayar sepenuhnya atau, jika syarikat itu tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk menyelesaikan hutang itu, hendaklah berada pada kedudukan pari passu dan hendaklah dibayar mengikut kadar yang sama antara semua hutang dengan keutamaan paling tinggi itu.
Seksyen 426 dan 528 tidak menjejaskan apa-apa keutamaan yang diberikan, apa-apa kepentingan cagaran atau relif yang diberikan, atau apa-apa pembayaran yang dibuat, menurut dan mengikut perintah yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Pengurus kehakiman hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas tarikh suatu perintah diberikan di bawah subseksyen (1), menyerah simpan salinan pejabat perintah itu kepada Pendaftar.
Dalam seksyen ini—
“pembiayaan penyelamat” ertinya apa-apa pembiayaan yang memenuhi satu atau lebih syarat yang berikut:
pembiayaan itu diperlukan untuk penerusan syarikat yang memperoleh pembiayaan, atau keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan syarikat itu sebagai suatu usaha berterusan;
pembiayaan itu diperlukan untuk kelulusan
Mahkamah di bawah subseksyen 366(4) atau subseksyen 369c(5) bagi suatu kompromi atau perkiraan yang disebut dalam subseksyen 366(1) atau subseksyen 369c(1), mengikut mana-mana yang berkenaan, yang melibatkan syarikat yang memperoleh pembiayaan itu;
pembiayaan itu diperlukan untuk mencapai penghasilan aset yang lebih menguntungkan bagi syarikat yang memperoleh pembiayaan itu, berbanding dengan penggulungan syarikat itu;
“kepentingan cagaran” ertinya apa-apa gadai janji, gadaian, sandaran, lien atau jenis kepentingan cagaran lain yang diiktiraf oleh undang-undang;
Undang-Undang Malaysia 42
Akta A1701
“hutang dengan keutamaan paling tinggi” ertinya suatu hutang, yang berbangkit daripada apa-apa pembiayaan penyelamat yang diperoleh atau yang akan diperoleh oleh suatu syarikat, yang mempunyai keutamaan, menurut susunan di bawah subseksyen (1), ke atas semua hutang keutamaan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(b) hingga (f) dan semua hutang tidak bercagar lain, jika syarikat itu digulungkan.”.
Penggal baharu 9
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 430
penggal yang berikut:
“Penggal 9
Perlindungan Barangan dan Perkhidmatan Perlu
Perlindungan barangan dan perkhidmatan perlu 430a. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), suatu klausa yang berkaitan dengan insolvensi dalam mana-mana kontrak bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu hendaklah tidak boleh dilaksanakan terhadap mana-mana syarikat.
Seseorang pembekal yang berhasrat untuk menjalankan haknya menurut klausa yang berkaitan dengan insolvensi dalam suatu kontrak hendaklah memaklumkan hasratnya untuk memelihara haknya di bawah klausa yang berkaitan dengan insolvensi itu kepada syarikat secara bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum menjalankan haknya menurut klausa yang berkaitan dengan insolvensi mengikut kontrak itu.
Seksyen ini tidak menghalang pembekal daripada menjalankan haknya yang lain, termasuk hak untuk menerima bayaran bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang diberikan kepada suatu syarikat, di bawah kontrak bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu itu.
Syarikat (Pindaan)
Bagi maksud seksyen ini—
membenarkan penamatan automatik suatu kontrak barangan dan perkhidmatan perlu atau pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu, ubah suaian hak antara pembekal dan syarikat di bawah kontrak semata-mata kerana syarikat itu menjadi tertakluk pada prosiding berhubung dengan kompromi atau perkiraan, perkiraan sukarela atau pengurusan kehakiman; atau
membenarkan pembekal untuk menamatkan kontrak barangan dan perkhidmatan perlu atau pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu, menguatkuasakan apa-apa hak atau mengubah mana-mana obligasi di bawah suatu kontrak semata-mata kerana syarikat itu menjadi tertakluk pada prosiding berhubung dengan kompromi atau perkiraan, perkiraan sukarela atau pengurusan kehakiman;
“barangan dan perkhidmatan perlu” ertinya barangan dan perkhidmatan perlu yang dinyatakan dalam
syarikat yang diluluskan di bawah Bahagian II
Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.”.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta A1701
Seksyen baharu 398a
Jadual Kesembilan a.”.
Pindaan seksyen 433
21. Seksyen 433 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4c) subseksyen yang berikut:
“(4d) Mana-mana orang yang telah diluluskan sebagai penyelesai di bawah subseksyen 433(4) hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari kelulusan itu, memberitahu Pendaftar butir-butir yang berikut:
maklumat peribadi penyelesai yang diluluskan itu;
Undang-Undang Malaysia 44
Akta A1701
kelulusan sebagai penyelesai yang diluluskan;
firma penyelesai yang diluluskan, termasuk pekongsi firma dan cawangan, jika ada; dan
apa-apa butir-butir lain yang dikehendaki oleh
Pendaftar.
Jika terdapat apa-apa perubahan kepada butir-butir yang dinyatakan dalam subseksyen (4d), penyelesai hendaklah mengemas kini maklumat itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu.”.
Pindaan seksyen 536
22. Perenggan 536(2)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pengemukaan petisyen penggulungan terhadap syarikat”
dengan perkataan “pada tarikh perintah penggulungan itu”.
Pindaan seksyen 562
23. Subseksyen 562(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:
“(fa) maklumat pemunyaan benefisial sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 60b(1); dan”.
Pindaan seksyen 567
24. Subseksyen 567(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan “atau”
di hujung perenggan itu; dan
Syarikat (Pindaan)
45
dengan memasukkan selepas perenggan (f) perenggan yang berikut:
“(fa) status sama ada syarikat asing itu syarikat persendirian atau syarikat awam; atau”.
Seksyen baharu 573a
25. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 573
seksyen yang berikut:
“Pemunyaan benefisial syarikat asing 573a. Penggal 8a Bahagian II hendaklah terpakai bagi syarikat asing tertakluk pada ubah suaian yang berikut:
sebutan mengenai “syarikat” hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai “syarikat asing”; dan
sebutan mengenai “pegawai” hendaklah dianggap sebagai sebutan mengenai “ejen syarikat asing”.”.
Pindaan seksyen 576
26. Subseksyen 576(2) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (h), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:
“(ha) maklumat pemunyaan benefisial sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 60b(1);
(hb) alamat yang daftar pemunya benefisial syarikat itu dikehendaki untuk disimpan menurut subseksyen 60b(2), jika tidak disimpan di pejabat berdaftarnya; dan”.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta A1701
Pindaan seksyen 582
27. Perenggan 582(3)(c) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “akuan ketidaksolvenan” dengan perkataan “pengisytiharan kesolvenan”.
Seksyen baharu 612a
28. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 612
seksyen yang berikut:
“Penyiaran atau iklan dalam laman sesawang 612a. Sekiranya apa-apa maklumat dikehendaki untuk disiarkan atau diiklankan dalam suatu surat khabar di bawah
Akta ini, mana-mana orang boleh, sebagai ganti kepada penyiaran atau pengiklanan maklumat itu dalam surat khabar, menyiarkan atau mengiklankan maklumat itu dalam laman sesawang Suruhanjaya dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar selepas pembayaran fi yang ditetapkan.”.
Pindaan seksyen 613
29. Subseksyen 613(1) Akta ibu dipinda—
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) mana-mana orang atau golongan orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial syarikat atau maklumat pemunyaan benefisial, cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar itu;”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(ba) apa-apa perkara yang berhubungan dengan suatu kompromi atau perkiraan, perkiraan sukarela korporat, pengurusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan;”.
Syarikat (Pindaan)
47
Jadual baharu
30. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Kesembilan jadual yang berikut:
“Jadual Kesembilan a
[Subseksyen 430a(4)]
JENIS BARANGAN DAN PERKHIDMATAN PERLU
1.
Bekalan air
2.
Bekalan elektrik
3.
Bekalan gas
4.
Terminal pusat jualan
5.
Perisian dan perkakasan komputer
6.
Maklumat, nasihat dan bantuan teknikal yang berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat
7.
Pemprosesan dan penyimpanan data
8.
Penganjur laman sesawang”.
Kecualian
31. Apa-apa penyiasatan, perbicaraan, prosiding atau tindakan yang belum selesai sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.