Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 368
seksyen yang berikut:
“Kuasa Mahkamah untuk menghalang prosiding, dsb., terhadap syarikat berkaitan 368a. (1) Jika Mahkamah telah memberikan suatu perintah halangan di bawah subseksyen 368(1) atau pelanjutan tempoh perintah itu di bawah subseksyen 368(2) berhubung dengan syarikat subjek, Mahkamah boleh, atas permohonan syarikat berkaitan, memberikan perintah halangan selama tempoh tidak lebih daripada tempoh perintah itu diberikan kepada syarikat subjek.
(2)
Apabila syarikat berkaitan membuat suatu permohonan di bawah subseksyen (1), syarikat berkaitan itu hendaklah—
(a)
menyiarkan suatu notis tentang permohonan itu mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Pendaftar; dan
(b)
melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya, menghantar suatu notis tentang permohonan itu kepada setiap pemiutang syarikat berkaitan itu yang mungkin terjejas dengan perintah halangan yang diberikan di bawah subseksyen (1).
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1701
(3)
Mahkamah boleh memberikan suatu perintah halangan kepada syarikat berkaitan jika Mahkamah berpuas hati bahawa—
(a)
tiada perintah telah dibuat, dan tiada ketetapan telah diluluskan, bagi penggulungan syarikat berkaitan itu;
(b)
perintah halangan yang diberikan kepada syarikat subjek di bawah subseksyen 368(1) atau (2) masih berkuat kuasa;
(c)
syarikat berkaitan memainkan peranan perlu dan penting dalam kompromi atau perkiraan syarikat subjek;
(d)
kompromi atau perkiraan yang disebut dalam perenggan (c) akan terkecewa jika satu atau lebih tindakan yang boleh dihalang oleh perintah halangan itu diambil terhadap syarikat berkaitan; dan
(e)
pemiutang syarikat berkaitan tidak akan dimudaratkan secara tidak adil jika suatu perintah halangan diberikan.
(4)
Suatu perintah halangan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk satu atau lebih perintah yang berikut:
(a)
tiada perintah boleh dibuat, dan tiada ketetapan boleh diluluskan, bagi penggulungan syarikat berkaitan;
(b)
tiada penerima atau penerima dan pengurus boleh dilantik ke atas mana-mana pengusahaan atau harta syarikat berkaitan;
(c)
tiada prosiding boleh dimulakan atau diteruskan terhadap syarikat berkaitan selain prosiding di bawah seksyen ini, seksyen 366, 368c, 368d, 369a atau 370, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;
Syarikat (Pindaan)
(d)
tiada pelaksanaan, distres atau proses undang-undang lain boleh dimulakan, diteruskan atau dikenakan terhadap apa-apa harta syarikat berkaitan, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh
Mahkamah;
(e)
tiada langkah-langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan apa-apa cagaran ke atas apa-apa harta syarikat berkaitan, atau untuk memiliki semula apa-apa barang yang dipegang oleh syarikat berkaitan itu di bawah apa-apa perjanjian pemajakan catel, perjanjian sewa beli atau perjanjian pemegangan hakmilik, kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah;
(f)
tiada hak kemasukan semula atau pelucuthakan di bawah apa-apa pajakan berkenaan dengan mana-mana premis yang diduduki oleh syarikat berkaitan boleh dikuatkuasakan kecuali dengan keizinan Mahkamah dan tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang dikenakan oleh Mahkamah.
(5)
Mahkamah boleh, atas permohonan oleh syarikat berkaitan, memberikan suatu perintah untuk melanjutkan tempoh perintah yang diberikan di bawah subseksyen (1)
selama tempoh tidak lebih daripada tempoh perintah halangan yang diberikan kepada syarikat subjek di bawah seksyen 368.
(6)
Syarikat berkaitan, mana-mana pemiutang syarikat berkaitan itu atau mana-mana penerima dan pengurus keseluruhan atau sebahagian besar daripada keseluruhan, pengusahaan atau harta syarikat berkaitan itu, boleh memohon kepada Mahkamah bagi suatu perintah untuk melepaskan atau mengubah mana-mana perintah halangan yang diberikan di bawah subseksyen (1).
(7)
Syarikat berkaitan hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas tarikh suatu perintah diberikan di bawah subseksyen (1), (5) atau (6), menyerah simpan suatu salinan pejabat perintah itu dengan Pendaftar.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1701
Keutamaan paling tinggi bagi pembiayaan penyelamat bagi kompromi atau perkiraan 368b. (1) Jika suatu syarikat telah membuat suatu permohonan di bawah subseksyen 366(1) atau subseksyen 368(1),
Mahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh syarikat itu di bawah seksyen ini, memberikan satu atau lebih perintah yang berikut:
(a)
suatu perintah bahawa jika syarikat itu digulungkan, walau apa pun subseksyen 527(1), hutang yang berbangkit daripada apa-apa pembiayaan penyelamat yang diperoleh oleh syarikat itu hendaklah dibayar sebaik selepas kos dan perbelanjaan penggulungan syarikat yang disebut dalam perenggan 527(1)(a)
dibayar;
(b)
suatu perintah untuk menjamin hutang yang berbangkit daripada mana-mana pembiayaan penyelamat yang selainnya tidak berupaya diperoleh oleh syarikat itu melainkan jika hutang itu dijamin dengan—
(i)
suatu kepentingan cagaran atas harta syarikat yang tidak tertakluk pada apa-apa kepentingan cagaran; atau
(ii)
suatu kepentingan cagaran lebih rendah atas harta syarikat yang tertakluk pada kepentingan cagaran yang sedia ada;
(c)
suatu perintah untuk menjamin hutang yang berbangkit daripada mana-mana pembiayaan penyelamat yang akan diperoleh oleh syarikat itu dengan suatu kepentingan cagaran yang mempunyai keutamaan yang sama dengan atau keutamaan yang lebih tinggi daripada kepentingan cagaran yang sedia ada atas harta syarikat itu, jika—
(i)
syarikat itu tidak berupaya untuk memperoleh pembiayaan penyelamat daripada mana-mana orang melainkan jika hutang yang berbangkit daripada pembiayaan penyelamat itu dijamin mengikut cara yang disebut dalam perenggan ini; dan
(ii)
kepentingan pemegang kepentingan cagaran yang sedia ada dilindungi secukupnya.
Syarikat (Pindaan)
(2)
Suatu syarikat yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, menghantar suatu notis tentang permohonan itu kepada setiap pemiutang syarikat itu.
(3)
Pengakasan atau ubah suaian disebabkan rayuan kepada perintah di bawah perenggan (1)(b) atau (c) tidak menjejaskan kesahan apa-apa hutang yang ditanggung, atau apa-apa kepentingan cagaran yang telah diberikan menurut perintah itu, atau keutamaan kepentingan cagaran itu, jika hutang yang berbangkit daripada pembiayaan penyelamat yang dihasratkan untuk dijamin oleh kepentingan cagaran itu telah diberikan dengan suci hati, sama ada dengan pengetahuan tentang rayuan itu atau tidak, melainkan jika perintah itu telah digantung sementara menunggu rayuan sebelum pembiayaan penyelamat diberikan.
(4)
Bagi maksud subperenggan (1)(c)(ii), kepentingan pemegang kepentingan cagaran yang sedia ada dilindungi secukupnya jika—
(a)
Mahkamah memerintahkan supaya syarikat membuat satu atau lebih pembayaran tunai kepada pemegang itu, yang jumlah keseluruhan amaunnya mencukupi untuk membayar pampasan kepada pemegang itu bagi apa-apa pengurangan nilai kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu yang boleh berlaku akibat daripada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(c);
(b)
Mahkamah memerintahkan supaya syarikat memberikan kepada pemegang itu cagaran tambahan atau gantian dengan suatu nilai yang mencukupi untuk membayar pampasan kepada pemegang itu bagi apa-apa pengurangan nilai kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu yang boleh berlaku akibat daripada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(c); atau
(c)
Mahkamah memberikan apa-apa relif, selain pampasan, yang akan mengakibatkan penghasilan oleh pemegang itu kepentingan cagaran yang tidak diragui setara dengan kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1701
(5)
Jika syarikat yang mempunyai dua atau lebih hutang dengan keutamaan paling tinggi digulungkan, hutang dengan keutamaan paling tinggi—
(a)
mempunyai keutamaan yang sama kedudukan antara semua hutang dengan keutamaan paling tinggi itu;
dan
(b)
hendaklah dibayar sepenuhnya atau, jika syarikat itu tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk menyelesaikan hutang itu, hendaklah berada pada kedudukan pari passu dan hendaklah dibayar mengikut kadar yang sama antara semua hutang dengan keutamaan paling tinggi itu.
(6)
Seksyen 426 dan 528 tidak menjejaskan apa-apa keutamaan yang diberikan, apa-apa kepentingan cagaran atau relif yang diberikan, atau apa-apa pembayaran yang dibuat, menurut dan mengikut perintah yang diberikan di bawah subseksyen (1).
(7)
Suatu syarikat hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas tarikh suatu perintah diberikan di bawah subseksyen (1), menyerah simpan salinan pejabat perintah itu kepada Pendaftar.
(8)
Dalam seksyen ini—
(a)
“pembiayaan penyelamat” ertinya apa-apa pembiayaan yang memenuhi satu atau lebih syarat yang berikut:
(i)
pembiayaan itu diperlukan untuk penerusan syarikat yang memperoleh pembiayaan atau keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan syarikat itu sebagai suatu usaha berterusan;
(ii)
pembiayaan itu diperlukan untuk kelulusan
Mahkamah di bawah subseksyen 366(4) atau subseksyen 369c(5) bagi suatu kompromi atau perkiraan yang disebut dalam subseksyen 366(1)
atau subseksyen 369c(1), mengikut mana-mana yang berkenaan, yang melibatkan syarikat yang memperoleh pembiayaan itu;
Syarikat (Pindaan)
(iii)
pembiayaan itu diperlukan untuk mencapai penghasilan aset yang lebih menguntungkan bagi syarikat yang memperoleh pembiayaan itu, berbanding dengan penggulungan syarikat itu;
(b)
“kepentingan cagaran” ertinya apa-apa gadai janji, gadaian, sandaran, lien atau jenis kepentingan cagaran lain yang diiktiraf oleh undang-undang;
(c)
“hutang dengan keutamaan paling tinggi” ertinya suatu hutang, yang berbangkit daripada apa-apa pembiayaan penyelamat yang diperoleh atau yang akan diperoleh oleh suatu syarikat, yang mempunyai keutamaan, menurut susunan di bawah subseksyen (1), ke atas semua hutang keutamaan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(b) hingga (f) dan semua hutang tidak bercagar lain, jika syarikat itu digulungkan.
Halangan pelupusan harta, dsb., dalam tempoh perintah halangan 368c. (1) Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana pemiutang suatu syarikat subjek atau syarikat berkaitan pada bila-bila masa semasa perintah halangan diberikan di bawah seksyen 368 atau 368a berkuat kuasa, memberikan satu atau lebih perintah yang berikut:
(a)
suatu perintah yang menghalang pelupusan harta syarikat subjek atau syarikat berkaitan selain dalam perjalanan biasa perniagaannya;
(b)
suatu perintah yang menghalang pemindahan apa-apa syer syarikat subjek atau syarikat berkaitan;
(c)
suatu perintah yang menghalang pengubahan hak mana-mana anggota syarikat subjek atau syarikat berkaitan.
(2)
Tempoh perintah yang diberikan di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi tarikh habis tempoh perintah halangan yang diberikan di bawah seksyen 368 atau 368a.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1701
Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan persetujuan 368d. (1) Seksyen ini terpakai jika—
(a)
suatu kompromi atau perkiraan antara suatu syarikat dengan pemiutangnya atau mana-mana kelas pemiutang telah diundi dalam suatu mesyuarat berkaitan;
(b)
pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan diletakkan dalam dua atau lebih kelas pemiutang bagi maksud mengundi kompromi atau perkiraan dalam suatu mesyuarat berkaitan;
(c)
syarat dalam subseksyen 366(3), setakat yang terpakai, dipenuhi dalam mesyuarat berkaitan berkenaan dengan sekurang-kurangnya satu kelas pemiutang; dan
(d)
syarat dalam subseksyen 366(3), setakat yang terpakai, tidak dipenuhi dalam mesyuarat berkaitan berkenaan dengan sekurang-kurangnya satu kelas pemiutang, setiap satunya dinamakan sebagai kelas yang menentang dalam seksyen ini.
(2)
Walau apa pun subseksyen 366(1) dan (3), Mahkamah boleh, tertakluk pada seksyen ini dan atas permohonan oleh syarikat, atau oleh pemiutang syarikat yang telah memperoleh keizinan Mahkamah untuk membuat permohonan di bawah subseksyen ini, meluluskan kompromi atau perkiraan, dan memerintahkan supaya syarikat dan semua kelas pemiutang yang berkenaan hendaklah terikat dengan kompromi atau perkiraan itu.
(3)
Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2) jika—
(a)
suatu majoriti sebanyak tujuh puluh lima peratus daripada jumlah keseluruhan nilai pemiutang atau kelas pemiutang atau anggota atau kelas anggota yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan itu, dan yang hadir dan mengundi sama ada dengan sendiri atau melalui proksi dalam mesyuarat berkaitan, telah bersetuju dengan kompromi atau perkiraan itu; dan
Syarikat (Pindaan)
(b)
Mahkamah berpuas hati bahawa kompromi atau perkiraan itu tidak akan mendiskriminasi secara tidak adil antara dua atau lebih kelas pemiutang dan adalah adil dan saksama kepada setiap kelas yang menentang.
(4)
Bagi maksud perenggan (3)(b), suatu kompromi atau perkiraan adalah adil dan saksama terhadap kelas yang menentang jika syarat yang berikut dipenuhi:
(a)
tiada pemiutang dalam kelas yang menentang itu menerima, di bawah terma kompromi atau perkiraan itu, suatu amaun yang lebih rendah daripada amaun yang akan diterima oleh pemiutang sebagaimana yang dianggarkan oleh Mahkamah dalam keadaan yang paling mungkin jika kompromi atau perkiraan itu tidak mengikat syarikat dan semua kelas pemiutang berkenaan yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan itu; dan
(b)
salah satu yang berikut terpakai:
(i)
jika pemiutang dalam kelas yang menentang adalah pemiutang bercagar, terma kompromi atau perkiraan itu—
(A)
hendaklah memperuntukkan bagi setiap pemiutang dalam kelas yang menentang untuk menerima pembayaran tunai yang tertangguh yang menjumlahkan amaun tuntutan pemiutang yang dijamin dengan cagaran yang dipegang oleh pemiutang, dan memelihara cagaran itu dan takat tuntutan itu, sama ada atau tidak harta yang tertakluk pada cagaran itu akan dipegang simpan oleh syarikat atau dipindahkan kepada entiti yang lain di bawah terma kompromi atau perkiraan itu;
Undang-Undang Malaysia 26
Akta A1701
(B)
hendaklah memperuntukkan bahawa jika cagaran yang dipegang oleh mana-mana pemiutang dalam kelas yang menentang untuk menjamin tuntutan pemiutang yang akan dihasilkan oleh syarikat bebas daripada bebanan, pemiutang mempunyai gadaian ke atas hasil daripada penghasilan itu untuk menyelesaikan tuntutan pemiutang yang dijamin oleh cagaran itu; atau
(C)
hendaklah memperuntukkan bahawa setiap pemiutang dalam kelas yang menentang berhak untuk menghasilkan nilai yang tidak diragui setara dengan cagaran yang dipegang oleh pemiutang bagi tujuan menyelesaikan tuntutan pemiutang yang dijamin oleh cagaran itu; atau
(ii)
jika pemiutang dalam kelas yang menentang adalah pemiutang tidak bercagar, terma kompromi atau perkiraan itu—
(A)
hendaklah memperuntukkan bagi setiap pemiutang dalam kelas itu untuk menerima harta yang mempunyai nilai yang sama dengan amaun tuntutan pemiutang; atau
(B)
hendaklah tidak memperuntukkan bagi mana-mana pemiutang dengan tuntutan yang lebih rendah daripada tuntutan pemiutang dalam kelas yang menentang, atau mana-mana anggota, untuk menerima atau memegang simpan apa-apa harta bagi tuntutan lebih rendah atau kepentingan anggota.
Syarikat (Pindaan)
(5)
Mahkamah boleh menghendaki pengamal insolvensi yang dilantik di bawah subseksyen 367(3) untuk membantu
Mahkamah dalam menganggarkan amaun yang dijangka akan diterima oleh pemiutang dalam keadaan yang paling mungkin jika kompromi atau perkiraan itu tidak mengikat syarikat dan semua kelas pemiutang yang sepatutnya terikat dengan kompromi atau perkiraan itu.
(6)
Dalam seksyen ini, “mesyuarat berkaitan” ertinya—
(a)
jika kompromi atau perkiraan yang diperkatakan itu tertakluk pada undian semula di bawah subseksyen 369a(1), mesyuarat yang diadakan bagi maksud itu; atau
(b)
mesyuarat yang diperintahkan oleh Mahkamah di bawah subseksyen 366(1) atau, jika mesyuarat itu ditangguhkan di bawah subseksyen 366(2), mesyuarat yang ditangguhkan itu.”.
Seksyen baharu 369a, 369b, 369c dan 369d