Malaysia legislation

Section 18

of AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024

Seksyen 18

Seksyen 411 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:

“(5)  Walau apa pun perenggan (4)(d), pemiutang bercagar boleh, selepas memberikan pemberitahuan kepada pengurus kehakiman, menguatkuasakan cagaran atas harta alih syarikat atau memiliki semula apa-apa barang dalam milikan syarikat di bawah mana-mana perjanjian sewa beli, perjanjian pemajakan catel atau perjanjian pemegangan hakmilik semasa perintah pengurusan kehakiman masih berkuat kuasa dengan mana-mana atau semua syarat yang berikut:

(a)

pengurus kehakiman mengesahkan bahawa barang atau harta alih itu tidak diperlukan oleh syarikat yang berada di bawah perintah pengurusan kehakiman;

(b)

perintah pengurusan kehakiman itu menimbulkan risiko tinggi terhadap kewujudan barang atau harta alih itu; atau

(c)

nilai barang atau harta alih itu menurun disebabkan oleh perintah pengurusan kehakiman itu.”.

Seksyen baharu 415a

Section 18 — COMPANIES (AMENDMENT) ACT 2024 | mylaw.my