Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 415
seksyen yang berikut:
“Keutamaan paling tinggi bagi pembiayaan penyelamat bagi pengurusan kehakiman 415a. (1) Jika suatu syarikat berada di bawah perintah pengurusan kehakiman, Mahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh pengurus kehakiman syarikat itu, memberikan satu atau lebih perintah yang berikut:
(a)
suatu perintah bahawa jika syarikat itu digulungkan, walau apa pun subseksyen 527(1), hutang yang berbangkit daripada apa-apa pembiayaan penyelamat yang diperoleh oleh syarikat itu hendaklah dibayar sebaik selepas kos dan perbelanjaan penggulungan syarikat sebagaimana yang disebut dalam perenggan 527(1)(a) dibayar;
Syarikat (Pindaan)
(b)
suatu perintah untuk menjamin hutang yang berbangkit daripada mana-mana pembiayaan penyelamat yang selainnya tidak berupaya diperoleh oleh syarikat itu melainkan jika hutang itu dijamin dengan—
(i)
suatu kepentingan cagaran atas harta syarikat yang tidak tertakluk pada apa-apa kepentingan cagaran; atau
(ii)
suatu kepentingan cagaran lebih rendah atas harta syarikat yang tertakluk pada kepentingan cagaran yang sedia ada; atau
(c)
suatu perintah untuk menjamin hutang yang berbangkit daripada mana-mana pembiayaan penyelamat yang akan diperoleh oleh syarikat itu dengan suatu kepentingan cagaran yang mempunyai keutamaan yang sama dengan atau keutamaan yang lebih tinggi daripada kepentingan cagaran yang sedia ada atas harta syarikat itu, jika—
(i)
syarikat itu tidak berupaya untuk memperoleh pembiayaan penyelamat daripada mana-mana orang melainkan jika hutang yang berbangkit daripada pembiayaan penyelamat itu dijamin mengikut cara yang disebut dalam perenggan ini; dan
(ii)
kepentingan pemegang kepentingan cagaran yang sedia ada dilindungi secukupnya.
(2)
Pengurus kehakiman yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah menghantar suatu notis tentang permohonan itu kepada setiap pemiutang syarikat itu.
(3)
Mana-mana pemiutang syarikat boleh menentang permohonan di bawah subseksyen (1).
(4)
Pengakasan atau ubah suaian disebabkan rayuan kepada perintah di bawah perenggan (1)(b) atau (c) tidak menjejaskan kesahan apa-apa hutang yang ditanggung, atau apa-apa kepentingan cagaran yang telah diberikan menurut perintah itu, atau keutamaan kepentingan cagaran itu,
Undang-Undang Malaysia 40
Akta A1701
jika hutang yang berbangkit daripada pembiayaan penyelamat yang dihasratkan untuk dijamin oleh kepentingan cagaran itu telah diberikan dengan suci hati, sama ada dengan pengetahuan tentang rayuan itu atau tidak, melainkan jika perintah itu telah digantung sementara menunggu rayuan sebelum pembiayaan penyelamat diberikan.
(5)
Bagi maksud subperenggan (1)(c)(ii), kepentingan pemegang kepentingan cagaran yang sedia ada dilindungi secukupnya jika—
(a)
Mahkamah memerintahkan supaya syarikat untuk membuat satu atau lebih pembayaran tunai kepada pemegang itu, yang jumlah keseluruhan amaunnya mencukupi untuk membayar pampasan kepada pemegang itu bagi apa-apa pengurangan nilai kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu yang boleh berlaku akibat daripada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(c);
(b)
Mahkamah memerintahkan supaya syarikat untuk memberikan kepada pemegang itu cagaran tambahan atau gantian dengan suatu nilai yang mencukupi untuk membayar pampasan kepada pemegang itu bagi apa-apa pengurangan nilai kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu yang boleh berlaku akibat daripada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(c); atau
(c)
Mahkamah memberikan apa-apa relif, selain pampasan, yang akan mengakibatkan penghasilan oleh pemegang itu kepentingan cagaran yang tidak diragui setara dengan kepentingan cagaran yang sedia ada pemegang itu.
(6)
Jika syarikat yang mempunyai dua atau lebih hutang dengan keutamaan paling tinggi digulungkan, hutang dengan keutamaan paling tinggi—
(a)
mempunyai keutamaan yang sama kedudukan antara semua hutang dengan keutamaan paling tinggi itu; dan
Syarikat (Pindaan)
(b)
hendaklah dibayar sepenuhnya atau, jika syarikat itu tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk menyelesaikan hutang itu, hendaklah berada pada kedudukan pari passu dan hendaklah dibayar mengikut kadar yang sama antara semua hutang dengan keutamaan paling tinggi itu.
(7)
Seksyen 426 dan 528 tidak menjejaskan apa-apa keutamaan yang diberikan, apa-apa kepentingan cagaran atau relif yang diberikan, atau apa-apa pembayaran yang dibuat, menurut dan mengikut perintah yang diberikan di bawah subseksyen (1).
(8)
Pengurus kehakiman hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas tarikh suatu perintah diberikan di bawah subseksyen (1), menyerah simpan salinan pejabat perintah itu kepada Pendaftar.
(9)
Dalam seksyen ini—
(a)
“pembiayaan penyelamat” ertinya apa-apa pembiayaan yang memenuhi satu atau lebih syarat yang berikut:
(i)
pembiayaan itu diperlukan untuk penerusan syarikat yang memperoleh pembiayaan, atau keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan syarikat itu sebagai suatu usaha berterusan;
(ii)
pembiayaan itu diperlukan untuk kelulusan
Mahkamah di bawah subseksyen 366(4) atau subseksyen 369c(5) bagi suatu kompromi atau perkiraan yang disebut dalam subseksyen 366(1) atau subseksyen 369c(1), mengikut mana-mana yang berkenaan, yang melibatkan syarikat yang memperoleh pembiayaan itu;
(iii)
pembiayaan itu diperlukan untuk mencapai penghasilan aset yang lebih menguntungkan bagi syarikat yang memperoleh pembiayaan itu, berbanding dengan penggulungan syarikat itu;
(b)
“kepentingan cagaran” ertinya apa-apa gadai janji, gadaian, sandaran, lien atau jenis kepentingan cagaran lain yang diiktiraf oleh undang-undang;
Undang-Undang Malaysia 42
Akta A1701
(c)
“hutang dengan keutamaan paling tinggi” ertinya suatu hutang, yang berbangkit daripada apa-apa pembiayaan penyelamat yang diperoleh atau yang akan diperoleh oleh suatu syarikat, yang mempunyai keutamaan, menurut susunan di bawah subseksyen (1), ke atas semua hutang keutamaan yang dinyatakan dalam perenggan 527(1)(b) hingga (f) dan semua hutang tidak bercagar lain, jika syarikat itu digulungkan.”.
Penggal baharu 9