Malaysia legislation

Section 20

of AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024

Seksyen 20

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 430

penggal yang berikut:

“Penggal 9

Perlindungan Barangan dan Perkhidmatan Perlu

Perlindungan barangan dan perkhidmatan perlu 430a.  (1)  Tertakluk pada subseksyen (2), suatu klausa yang berkaitan dengan insolvensi dalam mana-mana kontrak bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu hendaklah tidak boleh dilaksanakan terhadap mana-mana syarikat.

(2)

Seseorang pembekal yang berhasrat untuk menjalankan haknya menurut klausa yang berkaitan dengan insolvensi dalam suatu kontrak hendaklah memaklumkan hasratnya untuk memelihara haknya di bawah klausa yang berkaitan dengan insolvensi itu kepada syarikat secara bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum menjalankan haknya menurut klausa yang berkaitan dengan insolvensi mengikut kontrak itu.

(3)

Seksyen ini tidak menghalang pembekal daripada menjalankan haknya yang lain, termasuk hak untuk menerima bayaran bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang diberikan kepada suatu syarikat, di bawah kontrak bagi pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu itu.

Syarikat (Pindaan)

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“klausa yang berkaitan dengan insolvensi” ertinya suatu terma kontrak yang—

(i)

membenarkan penamatan automatik suatu kontrak barangan dan perkhidmatan perlu atau pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu, ubah suaian hak antara pembekal dan syarikat di bawah kontrak semata-mata kerana syarikat itu menjadi tertakluk pada prosiding berhubung dengan kompromi atau perkiraan, perkiraan sukarela atau pengurusan kehakiman; atau

(ii)

membenarkan pembekal untuk menamatkan kontrak barangan dan perkhidmatan perlu atau pembekalan barangan dan perkhidmatan perlu, menguatkuasakan apa-apa hak atau mengubah mana-mana obligasi di bawah suatu kontrak semata-mata kerana syarikat itu menjadi tertakluk pada prosiding berhubung dengan kompromi atau perkiraan, perkiraan sukarela atau pengurusan kehakiman;

(b)

“barangan dan perkhidmatan perlu” ertinya barangan dan perkhidmatan perlu yang dinyatakan dalam