Malaysia legislation

Section 3

of AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2024

Seksyen 3

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 60

penggal yang berikut:

“Penggal 8a

Pemunyaan Benefisial

Pemunya benefisial syarikat 60a.  (1)  Seseorang ialah pemunya benefisial bagi suatu syarikat jika orang itu ialah orang sebenar yang mempunyai milikan mutlak atau yang mempunyai kawalan mutlak ke atas suatu syarikat dan termasuk seseorang yang mempunyai kawalan berkesan mutlak ke atas sesuatu syarikat.

(2)

Pendaftar boleh mengeluarkan garis panduan bagi maksud mengenal pasti pemunya benefisial bagi suatu syarikat.

Daftar pemunya benefisial syarikat 60b.  (1)  Tiap-tiap syarikat hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial syarikat itu dan merekodkan dalam daftar itu—

(a)

nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial syarikat itu;

(b)

tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial syarikat itu;

(c)

tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial syarikat itu; dan

(d)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar.

Syarikat (Pindaan)

(2)

Daftar pemunya benefisial syarikat hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu atau mana-mana tempat lain di Malaysia sebagaimana yang diberitahu kepada

Pendaftar.

(3)

Syarikat hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial syarikat.

(4)

Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)

hendaklah diserah simpan dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu.

(5)

Syarikat hendaklah memegang simpan maklumat seseorang yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial syarikat itu selama tujuh tahun dari tarikh orang itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(6)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(7)

Pendaftar hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserah simpan di bawah subseksyen (3).

(8)

Daftar pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini.

(9)

Menteri boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial syarikat yang disimpan di pejabat berdaftar sesuatu syarikat itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserah simpan dengan Pendaftar, menetapkan—

(a)

mana-mana orang atau golongan orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial syarikat atau maklumat pemunyaan benefisial;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1701

(b)

cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial syarikat atau maklumat pemunyaan benefisial; dan

(c)

fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial.

(10)

Dalam seksyen ini, “pengenalan” ertinya, dalam hal mana-mana orang yang dikeluarkan dengan kad pengenalan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959, nombor kad pengenalan itu, dan dalam hal seseorang itu tidak dikeluarkan dengan kad pengenalan, butir-butir pasport atau keterangan pengenalan lain yang seumpama sebagaimana yang ada.

Kuasa syarikat untuk menghendaki penzahiran pemunya benefisial syarikat 60c.  (1)  Suatu syarikat hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana anggota syarikat dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk memaklumkan syarikat sama ada anggota itu merupakan pemunya benefisial syarikat itu atau jika anggota itu bukan pemunya benefisial syarikat itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial syarikat itu; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 60b(1).

(2)

Jika suatu syarikat mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial syarikat itu, syarikat itu hendaklah melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada orang itu merupakan pemunya benefisial syarikat itu atau jika orang itu bukan pemunya benefisial syarikat itu, untuk

Syarikat (Pindaan)

7

menyatakan sama ada orang itu mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial syarikat itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang lain itu yang dalam pengetahuannya; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 60b(1).

(3)

Jika suatu syarikat mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana anggota atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial syarikat itu, syarikat itu hendaklah melalui notis secara bertulis menghendaki anggota atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan bahawa sama ada orang itu mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial syarikat itu dan memberikan apa-apa butir-butir orang lain itu yang dalam pengetahuannya; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 60b(1).

(4)

Apabila suatu syarikat menerima maklumat daripada seseorang yang kepadanya notis diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), syarikat itu hendaklah, dalam masa empat belas hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu—

(a)

tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan

(b)

butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1701

(5)

Jika suatu syarikat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial syarikat yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu, syarikat hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial syarikat itu—

(a)

untuk mengesahkan sama ada perubahan itu telah berlaku atau tidak; dan

(b)

jika perubahan itu telah berlaku—

(i)

untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan

(ii)

untuk memberikan butir-butir mengenai perubahan itu.

(6)

Jika suatu syarikat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial syarikat yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial syarikat mungkin tidak betul, syarikat itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial syarikat itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak betul, untuk memberikan butir-butir yang betul.

(7)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (1), (2), (3), (4), (5) atau (6) melakukan suatu kesalahan.

(8)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana notis di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan melainkan jika orang itu membuktikan bahawa maklumat yang diperkatakan itu telah berada dalam milikan syarikat itu atau bahawa kehendak untuk memberikan maklumat itu adalah atas apa-apa sebab lain yang remeh atau menyusahkan.

(9)

Mana-mana orang yang berupa mematuhi mana-mana notis di bawah seksyen ini membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu adalah palsu atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan palsu melakukan suatu kesalahan.

Syarikat (Pindaan)

9

Kewajipan pemunya benefisial syarikat untuk memberikan maklumat 60d.  (1)  Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan—

(a)

memberitahu syarikat itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial syarikat itu; dan

(b)

memberikan maklumat sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Seseorang yang merupakan pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah memberitahu syarikat itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial syarikat itu.

(3)

Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial suatu syarikat hendaklah memberitahu syarikat itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—

(a)

tarikh pemberhentian itu berlaku; dan

(b)

butir-butir pemberhentian itu.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Pengecualian daripada Penggal ini 60e.  Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, mengecualikan apa-apa kelas syarikat daripada pemakaian

Penggal ini sama ada tidak bersyarat atau tertakluk pada apa-apa terma yang boleh dikenakan oleh Menteri, jika syarikat itu tertakluk pada apa-apa kehendak di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang serupa dengan Penggal ini.”.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1701

Pindaan seksyen 68

Section 3 — COMPANIES (AMENDMENT) ACT 2024 | mylaw.my