Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Pindaan seksyen 366
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Mahkamah boleh memerintahkan suatu mesyuarat dipanggil secara terus mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah atas suatu permohonan kepada Mahkamah bagi kelulusan kompromi atau perkiraan oleh—
(a)
syarikat;
(b)
pemiutang atau kelas pemiutang syarikat;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1701
(c)
anggota atau kelas anggota syarikat;
(d)
penyelesai, jika syarikat digulung; atau
(e)
pengurus kehakiman, jika syarikat di bawah pengurusan kehakiman.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Semua mesyuarat yang diadakan menurut suatu perintah Mahkamah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dipengerusikan oleh seseorang yang merupakan—
(a)
pengamal insolvensi yang dilantik di bawah subseksyen 367(3); atau
(b)
seseorang yang dipilih oleh majoriti dalam nilai pemiutang atau kelas pemiutang atau anggota atau kelas anggota, jika tiada pengamal insolvensi dilantik di bawah subseksyen 367(3).”.
Penggantian seksyen 367