Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 17

Fungsi Suruhanjaya adalah—

(a)

untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;

 CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

m.b.p. 31 Januari 2017.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(b)

untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbirkan, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apa-apa caj lain di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

(c)

untuk mengawal selia perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

(d)

untuk mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya di kalangan pengarah, setiausaha, pengurus dan pegawai lain sesuatu perbadanan, dan pengawalseliaan diri oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan ikhtisas dalam sektor korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat dan perniagaan dijalankan mengikut norma yang telah mantap mengenai pentadbiran korporat yang baik dan untuk merangsang dan untuk menggalakkan tanggungjawab korporat dan kemampanan perniagaan;

(e)

untuk meningkatkan dan menggalakkan pembekalan maklumat korporat di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan untuk mewujudkan dan membangunkan suatu kemudahan yang dengannya apa-apa maklumat korporat yang diterima oleh, atau yang difailkan dengan atau yang dikemukakan kepada,

Suruhanjaya dapat dianalisis dan dibekalkan kepada orang ramai;

(f)

untuk menjalankan penyelidikan dan mengkomisikan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan kegiatan korporat dan perniagaan;

(g)

untuk menasihati Menteri secara am mengenai perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; dan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 21

(h)

untuk menjalankan segala kegiatan dan melakukan segala perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi pentadbiran Suruhanjaya, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Kuasa Suruhanjaya

Section 17 — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001