Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 18

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen

(1)

, kuasa

Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa—

(a)

untuk menggunakan segala harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang didapati suai manfaat oleh

Suruhanjaya termasuk mendapatkan pinjaman dengan menggadaijanjikan harta itu;

(b)

untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 40;

(c)

untuk melantik ejen, pakar atau perunding sebagaimana yang didapatinya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam menjalankan fungsinya;

(d)

untuk memberikan pinjaman kepada pekerja Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;

(e)

untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan rancangan pembiayaan dan kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya dengan sepatutnya dan berkesan;

(ea) untuk membuat, menjalankan dan melaksanakan program pendidikan dan latihan yang berhubungan dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(eb) untuk memberikan dan membaharui lesen di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama;

(f)

untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan perbadanan atau agensi kerajaan bagi maksud melaksanakan fungsi Suruhanjaya; dan

(g)

untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsi dan kuasanya.

(3)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(4)

Bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa kuasa

Suruhanjaya tidaklah termasuk kuasa Ketua Pegawai Eksekutif sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Suruhanjaya boleh menubuhkan jawatankuasa

Section 18 — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001