Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 19

(2)

Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Suruhanjaya atau mana-mana orang lain sebagaimana yang didapati patut oleh

Suruhanjaya.

(3)

Orang yang hilang kelayakan untuk menjadi anggota

Suruhanjaya di bawah seksyen 9 adalah juga hilang kelayakan untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(4)

Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 23

(5)

Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

(6)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi.

(7)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh melantik mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan pada menjalankan kuasanya jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh

Suruhanjaya.

(8)

Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(9)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa, tertakluk kepada subseksyen (7).

Pewakilan fungsi atau kuasa Suruhanjaya

Section 19 — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001