Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

“anggota” ertinya anggota Suruhanjaya dan termasuklah Pengerusi;

“entiti perniagaan” ertinya—

(a)

dalam hal Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], mana-mana pemilik tunggal atau perkongsian;

(b)

dalam hal Akta Syarikat 1965 [Akta 125], syarikat, perbadanan atau syarikat asing; dan

(c)

dalam hal Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

[Akta 743], perkongsian liabiliti terhad atau perkongsian liabiliti terhad asing;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Keterangan 1950 [Akta 56];

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada yang sebenar, kontingen atau dijangka;

“harta” termasuklah segala harta, alih dan tak alih, dan segala hak harta, kepentingan, isemen atau hak, sama ada dari segi ekuiti atau di sisi undang-undang mengenai, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;

“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 19;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi sama ada pada masa kini atau pada masa

CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p.

31 Januari 2017.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 9

hadapan, yang sebenar atau kontingen, dan sama ada yang kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendaftaran syarikat, syarikat amanah, perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen 20A(1);

“Pendaftar Perniagaan” ertinya Pendaftar Perniagaan di bawah Akta

Pendaftaran Perniagaan 1956;

“Pendaftar Syarikat” ertinya Pendaftar Syarikat di bawah Akta

Syarikat 1965;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 6;

“perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

*Akta Syarikat 1965;

“perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;

“perniagaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Pendaftaran Perniagaan 1956;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam *Akta

Syarikat 1965;

“tarikh letak hak” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1), yang kepadanya Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat dan Pendaftar

 CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

m.b.p. 31 Januari 2017.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Perniagaan berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;

“terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai hak mengenai harta pada masa hadapan atau yang kontingen dan hak perkembalian dan baki.

Section 2 — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001