Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
(3)
Suruhanjaya boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
(4)
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang didapatinya patut—
(a)
membuat kontrak;
(b)
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
(c)
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia 11
Peruntukan peletakhakan