Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 4

(2)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1)

pada Suruhanjaya hendaklah terletak hak sedemikian pada

Suruhanjaya dengan hakmilik, hak harta atau kepentingan yang sama dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak itu.

(3)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Suruhanjaya boleh, pada dan selepas tarikh letak hak itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh

Suruhanjaya atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi

Suruhanjaya, Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar

Perniagaan memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(4)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Suruhanjaya boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh

Suruhanjaya atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi

Suruhanjaya, Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar

Perniagaan memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(5)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar

Perniagaan yang berhubung dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atau terhadap Suruhanjaya.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(6)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada Suruhanjaya pada tarikh letak hak, Suruhanjaya boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak lain mengenai hak dan liabiliti itu.

(7)

Pada dan selepas tarikh letak hak, mana-mana perjanjian berhubung dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya di bawah subseksyen (1)

yang Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehingga hak dan liabiliti di bawah perjanjian itu boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Suruhanjaya menjadi pihak kepada perjanjian itu.

Meterai perbadanan

Section 4 — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001