Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Jika Suruhanjaya, selepas apa-apa siasatan yang disebut dalam subseksyen (1), memutuskan untuk tidak menyiasat aduan itu, ia hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, memberitahu pengadu tentang keputusan dan sebab bagi keputusan itu.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Suruhanjaya boleh, selepas memutuskan untuk menyiasat aduan di bawah seksyen 15, pada bila-bila masa, memutuskan untuk menutup suatu penyiasatan terhadap suatu pelanggaran di bawah Akta ini, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa—
(a)
adalah tidak sesuai untuk meneruskan penyiasatan oleh sebab peruntukan suatu aku janji menurut seksyen 43;
atau
(b)
dalam semua hal keadaan itu penerusan penyiasatan tidak merupakan penggunaan terbaik sumber Suruhanjaya.
Persaingan 21
(4)
Apabila memutuskan untuk menutup suatu penyiasatan,
Suruhanjaya hendaklah menyiarkan suatu pernyataan bahawa penyiasatan telah ditutup, dan memberikan suatu ringkasan mengenai sebab Suruhanjaya menutup penyiasatan itu.
Kuasa penyiasatan