/akn/my/act/act/2010/712

AKTA PERSAINGAN 2010

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2010
Sections
70
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA PERSAINGAN 2010 is Malaysia Act, cited as Act 712 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dengan menggalakkan dan melindungi proses persaingan, dan dengan demikian itu melindungi kepentingan pengguna dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [1 Januari 2012, P.U. (B) 410/2010]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya proses persaingan menggalakkan kecekapan, inovasi dan keusahawanan, yang menggalakkan harga yang berdaya saing, pembaikan dalam kualiti produk dan perkhidmatan dan pilihan yang lebih luas bagi pengguna: Dan bahawasanya untuk mencapai faedah ini, perundangan ini bermaksud untuk melarang perlakuan antipersaingan: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 2

Akta 712

Open as pageSuggest a correction

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“amalan bersepadu” ertinya apa-apa bentuk koordinasi antara perusahaan yang dengan diketahuinya menggantikan kerjasama amali antara mereka untuk risiko persaingan dan termasuklah apa-apa amalan yang melibatkan hubungan atau komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara perusahaan, yang matlamat atau kesannya adalah sama ada—

(a)

untuk mempengaruhi perlakuan satu perusahaan atau lebih dalam suatu pasaran; atau

Suggest a correction

(b)

untuk mendedahkan perjalanan perlakuan yang diputuskan untuk diambil oleh suatu perusahaan atau yang hendak diambil olehnya dalam suatu pasaran, dalam hal keadaan yang pendedahan itu tidak akan dibuat dalam keadaan biasa persaingan;

“arahan” ertinya suatu arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya di bawah Bahagian III atau Bahagian IV Akta ini;

“barangan” ertinya tiap-tiap jenis harta, sama ada ketara atau tidak ketara dan termasuklah—

Suggest a correction

(e)

mineral, pokok dan tanaman, sama ada pada, di bawah atau terlekat pada tanah atau tidak;

Persaingan 9

Suggest a correction

(g)

hak dalam tindakan;

“dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“harga” termasuklah apa-apa bentuk balasan yang diberikan sebagai balasan bagi apa-apa jenis barangan atau perkhidmatan, sama ada balasan itu telah sebenarnya diberikan atau diiklankan atau dinyatakan sebagai dikehendaki supaya diberikan sebagai tukaran bagi barangan atau perkhidmatan itu;

“kedudukan dominan” ertinya suatu keadaan yang dalamnya satu perusahaan atau lebih mempunyai kuasa yang signifikan dalam suatu pasaran untuk melaraskan harga atau output atau terma perdagangan, tanpa kekangan yang berkesan daripada pesaing atau pesaing berpotensi;

“larangan” ertinya apa-apa larangan di bawah Akta ini;

“membekalkan” termasuklah—

Suggest a correction

(a)

berhubung dengan barangan, pembekalan dan pembekalan semula, secara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli barangan; dan

Suggest a correction

(b)

berhubung dengan perkhidmatan, pengadaan secara penjualan, pemberian atau pembekalan perkhidmatan itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;

“menyiarkan”, apabila tiada cara dinyatakan, ertinya menyiarkan dalam apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya;

“pasaran” ertinya suatu pasaran di Malaysia atau di mana-mana bahagian Malaysia, dan apabila digunakan berhubung dengan apa-apa barangan atau perkhidmatan, termasuklah suatu pasaran bagi barangan atau perkhidmatan itu dan barangan atau perkhidmatan yang boleh digantikan, atau selainnya bersaing dengan, barangan atau perkhidmatan yang mula-mula disebut itu;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 712

“pegawai Suruhanjaya” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Suruhanjaya Persaingan 2010

[Akta 713];

“pelanggaran” ertinya suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah Akta ini;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010;

“pengguna” ertinya mana-mana pengguna langsung atau tidak langsung barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh suatu perusahaan dalam perjalanan perniagaan, dan termasuklah suatu perusahaan lain yang menggunakan barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan sedemikian sebagai input bagi perniagaannya sendiri serta seorang pemborong, peruncit dan pengguna akhir;

“perjanjian” ertinya apa-apa bentuk kontrak, perkiraan atau persefahaman, sama ada boleh atau tidak boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang, antara perusahaan, dan termasuklah suatu keputusan oleh suatu persatuan dan amalan bersepadu;

“perjanjian mendatar” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang sama dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran;

“perjanjian menegak” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang berlainan dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran;

“perusahaan” ertinya apa-apa entiti yang menjalankan aktiviti komersial yang berhubungan dengan barangan atau perkhidmatan, dan bagi maksud Akta ini, suatu syarikat induk dan subsidiari hendaklah disifatkan sebagai perusahaan tunggal jika, walaupun mempunyai entiti berasingan di sisi undang-undang, kedua-duanya membentuk suatu unit ekonomi tunggal yang dalamnya subsidiari itu tidak mempunyai autonomi sebenar dalam menentukan tindakan mereka dalam pasaran;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Persaingan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010.

Persaingan 11

Pemakaian

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Berhubung dengan pemakaian Akta ini di luar Malaysia,

Akta ini terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial yang dijalankan di luar Malaysia yang mempunyai kesan terhadap persaingan dalam apa-apa pasaran di Malaysia.

Suggest a correction

(3)

Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud Akta ini, “aktiviti komersial” ertinya apa-apa aktiviti yang bersifat komersial tetapi tidak termasuk—

(a)

apa-apa aktiviti, secara langsung atau tidak langsung dalam penjalanan kuasa kerajaan;

Suggest a correction

(b)

apa-apa aktiviti yang dijalankan berasaskan prinsip perpaduan; dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa pembelian barangan atau perkhidmatan yang bukan bagi maksud untuk menawarkan barangan atau perkhidmatan sebagai sebahagian daripada suatu aktiviti ekonomi.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

AMALAN ANTIPERSAINGAN

Bab

Bab 1

Perjanjian antipersaingan

Suggest a correction

Perjanjian mendatar dan menegak yang dilarang

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu perjanjian mendatar antara perusahaan yang mempunyai matlamat untuk—

(a)

menetapkan, secara langsung atau tidak langsung, suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain;

Suggest a correction

(d)

melakukan tipuan bida, adalah disifatkan mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana perusahaan yang merupakan suatu pihak kepada suatu perjanjian yang dilarang di bawah seksyen ini adalah bertanggungan bagi pelanggaran larangan itu.

Pelepasan liabiliti

Suggest a correction

Seksyen 5

Akta 712

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun seksyen 4, suatu perusahaan yang merupakan suatu pihak kepada suatu perjanjian boleh melepaskan liabilitinya bagi pelanggaran larangan di bawah seksyen 4 berasaskan sebab-sebab yang berikut:

(a)

terdapat faedah yang signifikan yang dapat dikenal pasti dari segi teknologi, kecekapan atau sosial yang berbangkit daripada perjanjian itu;

Persaingan 13

Suggest a correction

(b)

faedah itu tidak dapat semunasabahnya diberikan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu yang tanpa perjanjian itu mempunyai kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan;

Suggest a correction

(c)

kesan buruk perjanjian itu pada persaingan adalah bersekadar dengan faedah yang diberikan; dan

Suggest a correction

(d)

perjanjian itu tidak membenarkan perusahaan yang berkenaan untuk menghapuskan persaingan sama sekali berkenaan dengan sebahagian besar barangan atau perkhidmatan.

Pengecualian individu

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberikan pengecualian itu jika, pada pendapat

Suruhanjaya, perjanjian itu ialah perjanjian yang seksyen 5

terpakai baginya.

Suggest a correction

(3)

Suatu pengecualian yang diberikan di bawah seksyen ini disebut sebagai “pengecualian individu”.

Suggest a correction

(4)

Pengecualian individu yang diberikan oleh Suruhanjaya boleh—

(a)

tertakluk kepada apa-apa syarat atau obligasi yang difikirkan sesuai dikenakan oleh Suruhanjaya; dan

Suggest a correction

(b)

diberikan bagi suatu tempoh terhad sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Suatu pengecualian individu boleh memperuntukkan bahawa ia akan berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 712

Pembatalan atau perubahan pengecualian individu

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

terdapat suatu perubahan material pada hal keadaan sejak ia memberikan suatu pengecualian individu; atau

Suggest a correction

(b)

suatu obligasi telah dilanggar,

Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

Suggest a correction

(i)

membatalkan pengecualian individu itu;

(ii)

mengubah atau mengeluarkan apa-apa syarat atau obligasi; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

maklumat yang berasaskannya Suruhanjaya membuat keputusan untuk memberikan suatu pengecualian individu itu adalah palsu atau mengelirukan dalam hal perkara material; atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa syarat telah dilanggar,

Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan pengecualian individu itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah itu dibuat.

Suggest a correction

(4)

Suatu pengecualian individu yang dibatalkan—

(a)

menurut kuasa perenggan (2)(a) adalah terbatal ab initio;

atau

Suggest a correction

(b)

menurut kuasa perenggan (2)(b) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh syarat itu dilanggar.

Persaingan 15

Pengecualian blok

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu pengecualian yang diberikan di bawah seksyen ini disebut sebagai “pengecualian blok”.

Suggest a correction

(3)

Suatu perjanjian yang tergolong dalam suatu kategori yang dinyatakan dalam suatu pengecualian blok adalah dikecualikan daripada larangan di bawah seksyen 4.

Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya dalam memberikan pengecualian blok boleh mengenakan apa-apa syarat atau obligasi yang tertakluk kepadanya suatu pengecualian blok itu berkuat kuasa.

Suggest a correction

(5)

Suatu pengecualian blok boleh memperuntukkan bahawa—

(a)

jika terdapat suatu pelanggaran syarat yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari tarikh pelanggaran itu;

Suggest a correction

(b)

jika terdapat suatu kegagalan untuk mematuhi obligasi yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu;

Suggest a correction

(c)

jika Suruhanjaya berpendapat bahawa suatu perjanjian tertentu bukan suatu perjanjian yang baginya seksyen 5

terpakai, Suruhanjaya boleh, dengan notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari apa-apa tarikh yang ditentukan oleh

Suruhanjaya;

Suggest a correction

(d)

pengecualian blok itu hendaklah terhenti berkuat kuasa pada penghujung tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu; atau

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 712

Suggest a correction

(e)

pengecualian blok itu hendaklah berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.

Tatacara bagi pengecualian blok

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Suruhanjaya hendaklah, sebelum memberikan suatu pengecualian blok—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyiarkan butir-butir pengecualian blok yang dicadangkan oleh Suruhanjaya itu;

Suggest a correction

(b)

memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh penyiaran untuk membenarkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan pengecualian blok yang dicadangkan itu; dan

Suggest a correction

(c)

memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.

Suggest a correction

Bab

Bab 2

Penyalahgunaan kedudukan dominan

Suggest a correction

Penyalahgunaan kedudukan dominan adalah dilarang

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu penyalahgunaan kedudukan dominan boleh termasuk—

(a)

secara langsung atau tidak langsung mengenakan harga belian atau jualan yang tidak adil atau syarat perdagangan lain yang tidak adil ke atas pembekal atau pelanggan;

Suggest a correction

(c)

enggan untuk membekalkan kepada suatu perusahaan atau kumpulan atau kategori perusahaan tertentu;

Suggest a correction

(d)

mengenakan syarat yang berlainan kepada transaksi yang setara dengan pihak perdagangan yang lain ke suatu takat yang boleh—

Suggest a correction

(i)

tidak menggalakkan kemasukan baru ke dalam pasaran atau pengembangan atau pelaburan oleh pesaing yang sedia ada;

(ii)

memaksa keluar dari pasaran atau selainnya merosakkan secara serius seorang pesaing yang sedia ada yang tidak kurang cekapnya berbanding dengan perusahaan dalam kedudukan dominan itu; atau

Suggest a correction

(iii)

memudaratkan persaingan dalam apa-apa pasaran yang disertai oleh perusahaan yang dominan itu atau dalam apa-apa pasaran hiliran atau huluan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(e)

menjadikan pengikatan kontrak tertakluk kepada penerimaan oleh pihak lain akan syarat tambahan yang atas sifatnya atau menurut kegunaan komersial tidak mempunyai kaitan dengan hal perkara kontrak itu;

Suggest a correction

(f)

berkelakuan seakan pemangsa terhadap pesaing; atau

Suggest a correction

(g)

membeli barangan perantaraan atau sumber yang terhad bekalannya yang dikehendaki oleh seorang pesaing, dalam hal keadaan yang perusahaan dalam kedudukan dominan itu tidak mempunyai justifikasi komersial yang munasabah untuk membeli barangan perantaraan atau sumber itu untuk memenuhi keperluannya sendiri.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 712

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seksyen ini tidak melarang suatu perusahaan yang dalam kedudukan dominan daripada mengambil apa-apa langkah yang mempunyai justifikasi komersial yang munasabah atau merupakan suatu respons komersial yang munasabah kepada kemasukan ke dalam pasaran atau perlakuan pasaran seorang pesaing.

Suggest a correction

(4)

Hakikat bahawa bahagian pasaran mana-mana perusahaan adalah mengatasi atau di bawah apa-apa peringkat tertentu tidak dengan sendirinya boleh dianggap sebagai konklusif tentang sama ada perusahaan itu berada, atau tidak berada, pada suatu kedudukan dominan dalam pasaran itu.

Suggest a correction

Bab

Bab 3

Kajian semula pasaran

Suggest a correction

Kuasa untuk menjalankan kajian semula pasaran

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kajian semula itu termasuklah kajian mengenai—

(c)

perlakuan pembekal dan pelanggan kepada perusahaan dalam pasaran; atau

Suggest a correction

(d)

apa-apa perkara berkenaan yang lain.

Keputusan kajian semula pasaran

Suggest a correction
Suggest a correction

Bab

Bab 4

Kecualian

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua.

Suggest a correction

(3)

Menteri hendaklah, sebelum membuat suatu pindaan kepada Jadual Kedua—

(a)

menyiarkan notis mengenai niatnya untuk membuat pindaan itu dan pindaan yang dicadangkan itu;

Suggest a correction

(b)

memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh notis untuk membolehkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan pindaan yang dicadangkan itu; dan

Suggest a correction

(c)

memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN

Suggest a correction

Penyiasatan oleh Suruhanjaya

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah, atas arahan Menteri, menyiasat apa-apa pelanggaran yang disyaki terhadap mana-mana larangan atau pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 712

Aduan kepada Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Aduan itu hendaklah menyatakan orang yang terhadapnya aduan itu dibuat dan butir-butir pelanggaran atau kesalahan yang dikatakan di bawah Akta ini.

Penutupan suatu penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Suruhanjaya, selepas apa-apa siasatan yang disebut dalam subseksyen (1), memutuskan untuk tidak menyiasat aduan itu, ia hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut, memberitahu pengadu tentang keputusan dan sebab bagi keputusan itu.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Suruhanjaya boleh, selepas memutuskan untuk menyiasat aduan di bawah seksyen 15, pada bila-bila masa, memutuskan untuk menutup suatu penyiasatan terhadap suatu pelanggaran di bawah Akta ini, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa—

(a)

adalah tidak sesuai untuk meneruskan penyiasatan oleh sebab peruntukan suatu aku janji menurut seksyen 43;

atau

Suggest a correction

(b)

dalam semua hal keadaan itu penerusan penyiasatan tidak merupakan penggunaan terbaik sumber Suruhanjaya.

Persaingan 21

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Apabila memutuskan untuk menutup suatu penyiasatan,

Suruhanjaya hendaklah menyiarkan suatu pernyataan bahawa penyiasatan telah ditutup, dan memberikan suatu ringkasan mengenai sebab Suruhanjaya menutup penyiasatan itu.

Kuasa penyiasatan

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, pegawai Suruhanjaya yang menyiasat apa-apa pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Kuasa untuk menghendaki pemberian maklumat

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(a)

supaya memberikan atau mengemukakan kepada

Suruhanjaya, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya; atau

Suggest a correction

(b)

supaya membuat suatu pernyataan kepada Suruhanjaya dengan memberikan suatu penjelasan tentang apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam perenggan (a)

dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu.

Suggest a correction

(2)

Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1)

dan orang itu tidak mempunyai jagaan dokumen itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, tempat di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 712

Suggest a correction

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, tempat di mana orang yang terakhir disebut itu boleh dijumpai.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang dikehendaki atau diarahkan supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan suatu representasi nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat lain yang mungkin menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang memberikan dokumen itu berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui sah oleh Suruhanjaya sebagai suatu salinan sebenar dokumen itu.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan yang diperakui sah bagi dokumen itu hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.

Suggest a correction

(4)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Suruhanjaya boleh, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu.

Akses kepada rekod, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 21

Persaingan 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa pun dalam subseksyen (1) boleh berkuat kuasa untuk menghalang penzahiran maklumat jika—

(a)

penzahiran itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat itu diperoleh;

Suggest a correction

(b)

penzahiran itu adalah perlu bagi pelaksanaan fungsi atau kuasa Suruhanjaya;

Suggest a correction

(c)

penzahiran itu dibuat secara munasabah semasa apa-apa prosiding di bawah Akta ini dengan syarat bahawa penzahiran itu tidak dibuat berlawanan dengan apa-apa arahan Suruhanjaya atau Tribunal Rayuan Persaingan di hadapannya prosiding itu berjalan;

Suggest a correction

(d)

penzahiran itu dibuat berkaitan dengan suatu penyiasatan terhadap suatu pelanggaran atau suatu kesalahan di bawah

Akta ini; atau

Suggest a correction

(e)

penzahiran itu dibuat dengan kebenaran Suruhanjaya kepada mana-mana pihak berkuasa persaingan negara lain berkaitan dengan suatu permintaan oleh pihak berkuasa persaingan negara itu untuk bantuan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “maklumat rahsia” ertinya maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang, yang mempunyai nilai ekonomi dan tidak tersedia secara amnya kepada atau diketahui oleh orang lain.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 712

Komunikasi terlindung

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika—

(a)

Suruhanjaya membuat suatu kehendak di bawah seksyen 18

terhadap seorang peguam bela dan peguam cara berkenaan dengan apa-apa maklumat atau dokumen; dan

Suggest a correction

(b)

maklumat atau dokumen itu mengandungi komunikasi terlindung yang dibuat oleh atau bagi pihak atau kepada peguam bela dan peguam cara itu atas sifatnya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, peguam bela dan peguam cara itu berhak untuk enggan mematuhi kehendak itu melainkan jika orang yang kepadanya atau olehnya atau bagi pihaknya komunikasi itu dibuat atau, jika orang itu ialah pertubuhan perbadanan yang di bawah penerimaan atau sedang digulung, penerima atau pelikuidasi, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersetuju supaya peguam bela dan peguam cara itu mematuhi kehendak itu, tetapi jika peguam bela dan peguam cara itu enggan mematuhi kehendak sedemikian, peguam bela dan peguam cara itu hendaklah dengan segera memberi Suruhanjaya secara bertulis nama dan alamat orang yang kepadanya atau olehnya komunikasi itu dibuat.

Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang tidak menzahirkan atau tidak memberikan apa-apa maklumat atau keterangan atau dokumen yang berkaitan, atau memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, sebagai respons kepada suatu arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, melakukan suatu kesalahan.

Persaingan 25

Pemusnahan, penyembunyian, pencacatan atau pengubahan rekod, dsb.

Seksyen 24

Seseorang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah; atau

Suggest a correction

(b)

menghantar atau cuba untuk menghantar atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk mengalihkan dari premisnya atau menghantar keluar dari Malaysia, apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disimpan atau disenggarakan dengan niat untuk memfraud Suruhanjaya atau untuk menghalang, melengahkan atau menggalang penjalanan suatu penyiasatan atau penjalanan mana-mana kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan.

Penggeledahan dan penyitaan dengan waran

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(b)

ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelanggaran mana-mana larangan atau pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa pegawai Suruhanjaya yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 712

Suggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang disyaki telah dilakukan.

Suggest a correction

(3)

Seorang pegawai Suruhanjaya yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat pelanggaran atau kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

Suggest a correction

(4)

Seorang pegawai Suruhanjaya yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda sedemikian yang mengenainya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain mengenai pelanggaran atau kesalahan itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

Suggest a correction

(5)

Apabila perlu untuk menyebabkan seseorang perempuan diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang perempuan lain dengan penuh kesopanan.

Suggest a correction

(6)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini tidak dapat dilaksanakan, pegawai Suruhanjaya hendaklah dengan apa-apa cara mengelak rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

Suggest a correction

(7)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)

atau memindahkan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Jika seorang pegawai Suruhanjaya berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 25 penyiasatan akan terjejas

Persaingan 27

atau keterangan pelakuan suatu pelanggaran atau kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai

Suruhanjaya itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 25 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Seksyen 27

Capaian kepada data berkomputer

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, pegawai Suruhanjaya hendaklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu atau apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi capaiannya untuk membolehkan pemahaman data berkomputer itu.

Waran boleh diterima walaupun cacat

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Suatu waran geledah yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita di bawah waran itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.

Seksyen 29

Senarai rekod, buku, akaun, dsb., yang disita

Open as pageSuggest a correction

(i)

suatu senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 712

(ii)

suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan itu dan hendaklah menandatangani notis itu; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyampaikan suatu salinan senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita dan notis bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu.

Suggest a correction

(2)

Notis bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki supaya disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah

Akta ini dicadangkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta sedemikian atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Jika premis itu tidak diduduki, pegawai Suruhanjaya hendaklah menampalkan suatu salinan senarai rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Pelepasan rekod, buku, akaun, dsb., yang disita

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Jika mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain telah disita di bawah Akta ini, pegawai Suruhanjaya yang membuat penyitaan itu boleh melepaskan rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian pegawai Suruhanjaya yang membuat penyitaan itu,

Kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Suruhanjaya tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu telah dibuat dengan suci hati.

Persaingan 29

Seksyen 31

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Seksyen 32

Halangan

Open as pageSuggest a correction

(a)

enggan untuk memberikan mana-mana pegawai

Suruhanjaya akses kepada mana-mana premis yang pegawai Suruhanjaya itu berhak kepadanya di bawah

Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh

Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

mengamang, menggalang, menghalang atau melengahkan mana-mana pegawai Suruhanjaya dalam membuat apa-apa kemasukan yang pegawai Suruhanjaya itu berhak membuatnya di bawah Akta ini atau dalam melaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini, melakukan suatu kesalahan.

Pemberian maklumat

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai Suruhanjaya sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang,

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 712

atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud

Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau

Suggest a correction

(b)

mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai Suruhanjaya di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(2)

Tiada apa pun dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam perjalanan dan bagi maksud khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

Suggest a correction

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

Suggest a correction

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau

Suggest a correction

(b)

dia mempunyai kuasa sah atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.

Persaingan 31

Ancaman dan tindakan balas dilarang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(a)

memaksa atau cuba untuk memaksa mana-mana orang untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3); atau

Suggest a correction

(b)

menjadikan mana-mana orang tertakluk kepada apa-apa keadaan merugikan dari segi komersial atau lain sebagai tindakan balas terhadap orang itu kerana melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3).

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan (1)(b), keadaan merugikan dari segi komersial atau lain itu boleh termasuk suatu ancaman pembayaran lewat untuk amaun yang kena dibayar dengan sewajarnya kepada orang itu, pembawaan atau penjalanan dengan tidak munasabah litigasi terhadap orang itu, pembatalan pesanan dengan orang itu, atau pengalihan perniagaan daripada, atau keengganan untuk berdagang dengan, orang itu.

Suggest a correction

(3)

Perbuatan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang berikut:

(a)

membuat suatu aduan kepada Suruhanjaya di bawah seksyen 15; dan

Suggest a correction

(b)

bekerjasama dengan, atau menawarkan atau bersetuju untuk bekerjasama dengan, Suruhanjaya berkaitan dengan apa-apa penyiasatan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Suruhanjaya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana larangan di bawah

Akta ini telah dilanggar atau mungkin dilanggar dan Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah perlu baginya untuk bertindak di bawah seksyen ini oleh sebab perkara keterdesakan bagi maksud—

(a)

menghalang kerugian serius dan tidak boleh dibaiki dari segi ekonomi atau selainnya, kepada seseorang atau suatu kategori orang tertentu; atau

Suggest a correction

(b)

melindungi kepentingan awam, ia boleh memberikan suatu arahan yang difikirkannya sesuai dan bersekadar bagi maksud itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) boleh termasuk menghendaki atau menyebabkan mana-mana orang—

(a)

untuk menggantung kuat kuasa, dan menghentikan daripada bertindak mengikut, mana-mana perjanjian yang disyaki melanggar mana-mana larangan di bawah Bahagian II;

Suggest a correction

(b)

untuk menghentikan daripada apa-apa perlakuan yang disyaki melanggar mana-mana larangan di bawah Bahagian II;

atau

Suggest a correction

(c)

untuk membuat, atau menahan diri daripada membuat, apa-apa perbuatan, tetapi yang tidak menghendaki pembayaran wang.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Suruhanjaya hendaklah, sebelum memberikan suatu arahan di bawah subseksyen (2)—

(a)

menyampaikan suatu notis bertulis kepada orang yang kepadanya ia bercadang untuk memberikan arahan itu;

dan

Suggest a correction

(b)

memberi orang itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari dari tarikh notis bertulis itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Suatu notis di bawah subseksyen (4) hendaklah menunjukkan jenis arahan yang dicadangkan untuk diberikan oleh Suruhanjaya dan sebab bagi pemberian arahan itu.

Persaingan 33

Suggest a correction

(6)

Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa menarik balik suatu arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(7)

Tanpa menjejaskan subseksyen (6), mana-mana arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti berkuat kuasa—

(a)

pada tarikh keputusan oleh Suruhanjaya selepas selesai siasatan di bawah seksyen 14; atau

Suggest a correction

(b)

dua belas bulan dari tarikh arahan itu diberikan, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Keputusan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 36

Akta 712

Open as pageSuggest a correction

(2)

Notis itu hendaklah—

(a)

menyatakan sebab bagi keputusan yang dicadangkan oleh

Suruhanjaya dengan perincian yang mencukupi bagi membolehkan perusahaan yang kepadanya notis itu diberikan mempunyai prospek yang benar dan mencukupi untuk membolehkannya membuat komen mengenai keputusan yang dicadangkan berdasarkan maklumat yang diketahui;

Suggest a correction

(b)

menyatakan apa-apa penalti atau tindakan pembetulan yang dicadangkan untuk dipakai oleh Suruhanjaya; dan

Suggest a correction

(c)

memberitahu setiap perusahaan yang kepadanya notis itu diberikan bahawa ia boleh, dalam apa-apa tempoh yang munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

Suggest a correction

(i)

mengemukakan representasi bertulis kepada

Suruhanjaya; dan

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 712

(ii)

menunjukkan sama ada ia berhasrat untuk membuat representasi lisan di hadapan Suruhanjaya.

Representasi lisan

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Jika suatu perusahaan memberitahu Suruhanjaya, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah seksyen 36

bahawa ia berhasrat untuk membuat suatu representasi lisan,

(a)

memanggil suatu sesi bagi representasi lisan untuk diadakan pada suatu tarikh, masa dan di tempat yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan

Suggest a correction

(b)

memberikan notis bertulis tentang tarikh, masa dan tempat itu kepada—

Suggest a correction

(i)

perusahaan yang berkenaan;

(ii)

mana-mana orang yang telah membuat suatu aduan dengan Suruhanjaya berkenaan dengan amalan yang menjadi perkara penyiasatan Suruhanjaya;

dan

Suggest a correction

(iii)

mana-mana orang lain yang kehadirannya di sesi representasi lisan itu dianggap perlu oleh

Suruhanjaya.

Penjalanan pendengaran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 38

Suruhanjaya hendaklah, sebelum membuat apa-apa keputusan yang berkaitan—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Suruhanjaya memutuskan bahawa suatu pendengaran hendaklah diadakan, Suruhanjaya hendaklah memberikan suatu notis sekurang-kurangnya empat belas hari kepada perusahaan yang berkenaan dan kepada pihak ketiga lain yang berkepentingan—

(a)

yang merekodkan keputusannya untuk memanggil pendengaran itu;

Persaingan 35

Suggest a correction

(b)

yang menyatakan tarikh, masa dan tempat bagi mengadakan pendengaran itu; dan

Suggest a correction

(c)

yang menentukan perkara yang akan dipertimbangkan pada pendengaran itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apabila Suruhanjaya memutuskan untuk mengadakan suatu pendengaran, ia hendaklah juga memutuskan—

(a)

sama ada untuk mengadakan pendengaran individu dengan setiap perusahaan dan mana-mana pihak ketiga lain yang berkepentingan secara berasingan atau mengadakan suatu pendengaran tunggal yang dihadiri oleh semua perusahaan yang terlibat dan pihak ketiga yang berkepentingan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Pendengaran itu hendaklah ditadbirkan oleh dan dijalankan mengikut kaedah-kaedah tatacara yang berkuat kuasa pada masa itu, sebagaimana yang disiarkan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(5)

Suruhanjaya hendaklah menyimpan rekod pendengaran itu sebagaimana yang mencukupi untuk menyatakan perkara yang dibangkitkan oleh mana-mana orang yang menyertai pendengaran itu.

Suggest a correction

(6)

Suatu perusahaan boleh diwakili pada pendengaran itu oleh—

(a)

mana-mana pegawai atau pekerjanya yang diberi kuasa;

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang yang termasuk dalam perihalan yang dinyatakan bagi maksud itu dalam kaedah-kaedah tatacara

Suruhanjaya; atau

Suggest a correction

(d)

mana-mana orang lain, dengan keizinan Pengerusi.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 712

Dapatan tiada pelanggaran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

Jika Suruhanjaya telah membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran suatu larangan di bawah Bahagian II, Suruhanjaya hendaklah, tanpa kelengahan, memberikan notis keputusan itu kepada mana-mana orang yang tersentuh oleh keputusan itu menyatakan fakta yang berasaskannya Suruhanjaya membuat keputusannya dan sebab Suruhanjaya membuat keputusan itu.

Seksyen 40

Dapatan pelanggaran

Open as pageSuggest a correction

(a)

hendaklah menghendaki supaya pelanggaran itu dihentikan serta-merta;

Suggest a correction

(b)

boleh menyatakan langkah yang dikehendaki untuk diambil oleh perusahaan yang melanggar, yang pada hemat Suruhanjaya adalah sesuai bagi menghentikan pelanggaran itu;

Suggest a correction

(d)

boleh memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkannya sesuai.

Suggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari membuat keputusannya di bawah Bahagian ini, memberitahu mana-mana orang yang tersentuh oleh keputusan itu.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya hendaklah menyediakan dan menyiarkan sebab bagi setiap keputusan yang dibuatnya di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(4)

Suatu penalti kewangan tidak boleh melebihi sepuluh peratus daripada pusing ganti seluruh dunia suatu perusahaan sepanjang tempoh suatu pelanggaran berlaku.

Persaingan 37

Rejim kelonggaran

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengakui penglibatannya dalam suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah subseksyen 4(2); dan

Suggest a correction

(b)

memberikan maklumat atau bentuk kerjasama yang lain kepada Suruhanjaya yang membantu secara signifikan, atau mungkin membantu secara signifikan, dalam pengenalpastian atau penyiasatan apa-apa dapatan pelanggaran mana-mana larangan oleh mana-mana perusahaan yang lain.

Suggest a correction

(2)

Suatu rejim kelonggaran boleh membenarkan peratusan pengurangan yang berlainan diadakan bagi sesuatu perusahaan bergantung pada—

(a)

sama ada perusahaan itu ialah orang yang pertama sekali membawa pelanggaran yang disyaki itu kepada perhatian

Suruhanjaya;

Suggest a correction

(i)

suatu penglibatan dalam pelanggaran itu diakui;

atau

(ii)

apa-apa maklumat atau kerjasama lain telah diberikan; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

apa-apa hal keadaan lain yang difikirkan sesuai oleh

Suruhanjaya untuk diambil kira.

Penguatkuasaan arahan atau keputusan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa orang yang disebut dalam subseksyen (1) telah tidak mematuhi arahan atau keputusan itu, Mahkamah Tinggi hendaklah membuat suatu perintah menghendaki orang itu supaya mematuhi arahan atau keputusan itu.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa ketidakpatuhan arahan itu termasuklah suatu kegagalan untuk membayar penalti dalam tempoh yang dinyatakan,

Mahkamah Tinggi hendaklah, sebagai tambahan kepada perintah supaya orang itu membayar penalti itu, memerintahkan supaya orang itu membayar bunga atas kadar penghakiman biasa mulai dari hari selepas bayaran itu kena dibuat.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana pelanggaran suatu perintah Mahkamah Tinggi yang dibuat menurut seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan mahkamah.

Kuasa untuk menerima aku janji

Suggest a correction

Seksyen 43

Akta 712

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Suruhanjaya menerima aku janji di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah, berhubung dengan suatu pelanggaran, menutup penyiasatan itu tanpa membuat apa-apa dapatan pelanggaran dan tidak boleh mengenakan suatu penalti ke atas perusahaan itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana aku janji yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini ialah suatu dokumen yang tersedia untuk diperiksa oleh orang awam mengikut cara yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan mana-mana aku janji yang diterima oleh

Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah boleh dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya seolah-olah peruntukan itu telah dinyatakan dalam suatu keputusan yang diberikan kepada perusahaan yang memberikan aku janji itu menurut seksyen 40.

Persaingan 39

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

TRIBUNAL RAYUAN PERSAINGAN

Suggest a correction

Penubuhan Tribunal Rayuan Persaingan

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Suatu Tribunal Rayuan Persaingan ditubuhkan, yang mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mengkaji semula apa-apa keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 35, 39 dan 40.

Seksyen 45

Keanggotaan Tribunal Rayuan Persaingan

Open as pageSuggest a correction

(b)

antara tujuh hingga dua puluh anggota lain yang dilantik oleh Perdana Menteri atas syor Menteri.

Suggest a correction

(2)

Perdana Menteri hendaklah, atas syor Menteri, atas penamaan oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, melantik seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Presiden Tribunal

Rayuan Persaingan.

Suggest a correction

(3)

Perdana Menteri hendaklah melantik orang yang, pada pendapatnya, mempunyai kepakaran yang berkaitan dalam perindustrian, perdagangan, ekonomi, undang-undang, perakaunan, atau hal ehwal pengguna untuk menjadi anggota

Tribunal Rayuan Persaingan.

Suggest a correction

(4)

Dalam mengesyorkan anggota Tribunal Rayuan Persaingan kepada Perdana Menteri, Menteri hendaklah mengambil kira cadangan dan syor oleh mana-mana agensi Kerajaan atau mana-mana badan lain yang mempunyai kepakaran dalam mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (3).

Suggest a correction

(5)

Presiden dan anggota Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi enam tahun.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 712

Elaun

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

Presiden dan anggota Tribunal Rayuan Persaingan yang dilantik di bawah seksyen 45 bolehlah dibayar—

(a)

suatu elaun bersidang harian semasa persidangan

Tribunal Rayuan Persaingan;

Suggest a correction

(b)

suatu elaun penginapan, perjalanan dan sara hidup; dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa elaun tetap atau elaun lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perdana Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan Presiden atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan

Persaingan jika—

(a)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal ehwalnya;

Suggest a correction

(c)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)

selama lebih daripada dua tahun;

Persaingan 41

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

dia telah melakukan salah laku yang serius berhubung dengan tugasnya;

Suggest a correction

(e)

dia tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 49;

atau

Suggest a correction

(f)

prestasinya tidak memuaskan selama suatu tempoh masa yang ketara.

Pengosongan jawatan dan pelantikan baharu atau sementara

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

(b)

dia meletakkan jawatannya atau selainnya mengosongkan jawatannya sebelum habis tempoh yang baginya dia dilantik; atau

Suggest a correction

(2)

Perdana Menteri hendaklah melantik seseorang lain mengikut seksyen 45 untuk menggantikan Presiden atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan Persaingan semasa kekosongan jawatan

Presiden atau anggota Tribunal Rayuan Persaingan.

Suggest a correction

(3)

Perdana Menteri boleh melantik seseorang lain secara sementara mengikut seksyen 45 untuk bertindak sebagai Presiden atau mana-mana anggota lain Tribunal Rayuan Persaingan—

(a)

semasa apa-apa tempoh apabila Presiden atau anggota tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

jika Presiden atau anggota, kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya untuk melaksanakan tugas jawatannya secara sementara.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil oleh Tribunal Rayuan Persaingan dalam penjalanan kuasanya atau pelaksanaan fungsinya boleh terjejas atas alasan terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan Tribunal Rayuan Persaingan.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 712

Penzahiran kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 49

Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah menjadi kosong jika—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Presiden berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan tugas anggota itu sebagai anggota

Tribunal Rayuan Persaingan, Presiden hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan tugasnya sebagai anggota Tribunal Rayuan Persaingan berhubung dengan perkara itu.

Suggest a correction

(4)

Jika sesuatu pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota Tribunal Rayuan Persaingan itu tidak boleh meneruskan pelaksanaan tugasnya sebagai anggota

Tribunal Rayuan Persaingan berhubung dengan perkara itu.

Suggest a correction

(5)

Jika anggota itu dilarang daripada melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen (4), Presiden hendaklah melantik seorang anggota lain Tribunal Rayuan Persaingan untuk melaksanakan tugas berhubung dengan perkara itu.

Suggest a correction

(6)

Jika Presiden mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan tugasnya sebagai Presiden Tribunal Rayuan Persaingan dalam sesuatu perkara tertentu, dia hendaklah menahan diri daripada melaksanakan tugasnya sebagai Presiden berhubung dengan perkara itu.

Suggest a correction

(7)

Kegagalan Presiden untuk menahan diri daripada melaksanakan tugasnya di bawah subseksyen (6) atau kegagalan seorang anggota untuk menzahirkan kepentingannya hendaklah—

(a)

menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan Persaingan itu melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan

Persaingan 43

Suggest a correction

(b)

menjadikan Presiden atau anggota itu tertakluk kepada pembatalan pelantikannya di bawah seksyen 47.

Setiausaha Tribunal Rayuan Persaingan dan pegawai lain

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh menetapkan apa-apa bilangan pegawai awam yang difikirkannya layak untuk membantu Setiausaha.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud Akta ini, Setiausaha dan pegawai yang ditetapkan di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai pegawai Tribunal Rayuan Persaingan.

Rayuan kepada Tribunal Rayuan Persaingan

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu notis rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada

Tribunal Rayuan Persaingan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan Suruhanjaya dan perayu hendaklah memberikan suatu salinan notis itu kepada Pengerusi Suruhanjaya.

Suggest a correction

(3)

Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dalam bentuk ringkasan kandungan keputusan Suruhanjaya yang dirayukan, hendaklah mengandungi suatu alamat di mana apa-apa notis atau dokumen yang berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu itu atau peguam belanya dan hendaklah ditandatangani oleh perayu itu atau peguam belanya.

Rekod keputusan Suruhanjaya

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Suruhanjaya hendaklah, apabila diterimanya permintaan bertulis di bawah subseksyen (1), memberikan suatu salinan penyataan mengenai alasan bagi keputusannya kepada orang yang terkilan atau orang yang kepentingannya tersentuh itu apabila dibayar fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Apabila suatu notis rayuan telah difailkan dengan

Tribunal Rayuan Persaingan di bawah seksyen 51, Suruhanjaya hendaklah, jika ia belum lagi menulis alasan bagi keputusannya mengenai perkara yang dinyatakan dalam notis itu sebagaimana yang diminta oleh perayu di bawah subseksyen (1), merekodkan secara bertulis alasan bagi keputusannya dan alasan bertulis itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding di hadapan

Tribunal Rayuan Persaingan.

Penggantungan keputusan sementara menunggu rayuan

Suggest a correction

Seksyen 53

Akta 712

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu permohonan untuk penggantungan hendaklah secara bertulis dan hendaklah dibuat kepada Tribunal Rayuan Persaingan pada atau selepas hari notis rayuan itu difailkan dengan Tribunal

Rayuan Persaingan.

Komposisi Tribunal Rayuan Persaingan

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap prosiding Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah didengar dan dibereskan oleh tiga orang anggota Tribunal Rayuan

Persaingan atau apa-apa bilangan ganjil yang lebih besar sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden dalam mana-mana hal tertentu.

Seksyen 55

Persidangan Tribunal Rayuan Persaingan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Presiden boleh membatalkan atau menangguhkan mana-mana persidangan Tribunal Rayuan Persaingan dan boleh menukar tempat persidangan yang telah ditentukan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perubahan kepada tarikh atau tempat mana-mana persidangan Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah dimaklumkan kepada pihak-pihak kepada rayuan itu melalui notis bertulis.

Tatacara Tribunal Rayuan Persaingan

Suggest a correction

Seksyen 57

Kuasa Tribunal Rayuan Persaingan

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memanggil pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain untuk hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berkenaan dengan sesuatu rayuan;

Suggest a correction

(b)

untuk mendapatkan dan menerima keterangan secara bersumpah atau ikrar sama ada secara lisan atau dokumentar, dan memeriksa semua orang sedemikian sebagai saksi sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya;

Suggest a correction

(c)

jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk menghendaki pengemukaan apa-apa maklumat, dokumen atau benda lain dalam milikannya atau di bawah kawalannya yang difikirkan perlu oleh Tribunal Rayuan Persaingan bagi maksud rayuan itu;

Suggest a correction

(d)

untuk mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;

Suggest a correction

(e)

jika seseorang dipanggil sedemikian, untuk membenarkan pembayaran apa-apa perbelanjaan yang munasabah yang dilakukan berkaitan dengan kehadirannya;

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 712

Suggest a correction

(f)

untuk menerima keterangan atau menolak keterangan yang dikemukakan, sama ada secara lisan atau dokumentar, dan sama ada boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubungan dengan kebolehterimaan keterangan; dan

Suggest a correction

(g)

untuk secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat keputusan rayuan.

Suggest a correction

(2)

Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah mempunyai kuasa mahkamah rendah di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948

[Akta 92] berkenaan dengan penguatkuasaan kehadiran saksi, pendengaran keterangan secara bersumpah atau ikrar dan menjatuhkan hukuman kerana penghinaan mahkamah.

Keputusan Tribunal Rayuan Persaingan

Suggest a correction

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tribunal Rayuan Persaingan boleh mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang menjadi hal bagi rayuan itu, atau mana-mana bahagiannya, dan boleh—

(b)

mengenakan atau membatalkan, atau mengubah amaun, suatu penalti kewangan;

Suggest a correction

(c)

memberikan apa-apa arahan, atau mengambil apa-apa langkah lain sebagaimana yang boleh diberikan atau diambil oleh Suruhanjaya sendiri; atau

Suggest a correction

(d)

membuat apa-apa keputusan lain yang boleh dibuat oleh

Suruhanjaya sendiri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu keputusan Tribunal Rayuan Persaingan adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak kepada rayuan itu.

Persaingan 47

Penguatkuasaan keputusan Tribunal Rayuan Persaingan

Suggest a correction

Seksyen 59

Open as pageSuggest a correction

Suatu keputusan yang diberikan oleh Tribunal Rayuan Persaingan boleh, dengan kebenaran Mahkamah Tinggi, dikuatkuasakan dengan cara yang sama seperti suatu penghakiman atau perintah yang mempunyai kesan yang sama, dan jika kebenaran diberikan sedemikian, penghakiman boleh dimasukkan mengikut terma keputusan itu.

Seksyen 60

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

Open as pageSuggest a correction

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(b)

Presiden atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan

Persaingan;

Suggest a correction

(c)

Setiausaha atau mana-mana pegawai lain Tribunal Rayuan

Persaingan; atau

Suggest a correction

(d)

mana-mana orang lain yang diberi kuasa untuk bertindak bagi dan bagi pihak Tribunal Rayuan Persaingan, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 61

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau

Undang-Undang Malaysia 48

Akta 712

Suggest a correction

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pengkompaunan kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 62

Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan menjadi suatu kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada

Suruhanjaya suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

Suggest a correction

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Suruhanjaya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan mengikut syarat kompaun itu.

Persaingan 49

Suggest a correction

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

Suggest a correction

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya;

dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang di bawah Akta ini akan dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerja orang itu dalam masa penggajiannya;

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 712

Suggest a correction

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

Suggest a correction

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.

Hak tindakan persendirian

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tindakan boleh dibawa oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) tanpa mengira sama ada orang itu berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan perusahaan itu.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 65

Open as pageSuggest a correction

(b)

menjalankan atau mencapai matlamat dan maksud

Akta ini; dan

Suggest a correction

(c)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara tambahan, sampingan atau berbangkit berhubung dengan Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh, sebelum membuat apa-apa peraturan—

(a)

menyiarkan suatu notis mengenai niatnya untuk membuat peraturan-peraturan yang dicadangkan itu;

Suggest a correction

(b)

memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh penyiaran untuk membolehkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan peraturan-peraturan yang dicadangkan itu; dan

Suggest a correction

(c)

memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.

Persaingan 51

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan

Suggest a correction

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Suruhanjaya boleh mengeluarkan—

(a)

garis panduan mengenai analisis ekonomi dan perundangan yang akan digunakan dalam menentukan kes di bawah

Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

garis panduan mengenai prinsip yang akan digunakan dalam menentukan apa-apa penalti atau remedi yang dikenakan di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 67

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya, Pengerusi, mana-mana pegawai

Suruhanjaya, mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen

Suruhanjaya, Presiden, Setiausaha atau mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Tribunal Rayuan Persaingan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya atas sifat yang sedemikian.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta 712

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

[Seksyen 3]

1. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]

2. Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610]

3. Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Peraturan-Peraturan

Petroleum 1974 [P.U. (A) 432/1974] setakat yang aktiviti komersial yang dikawal selia di bawah perundangan ini berkaitan secara langsung dengan aktiviti pengeluaran yang merangkumi aktiviti mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia.

4. Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Seksyen 13]

Aktiviti yang tidak tertakluk kepada Bab 1 dan 2 Bahagian II

Bab 1 dan 2 Bahagian II tidak terpakai bagi—

(a)

suatu perjanjian atau perlakuan setakat yang ia terlibat dalam suatu perintah untuk mematuhi suatu kehendak perundangan;

(b)

aktiviti perundingan kolektif atau perjanjian kolektif berkenaan dengan terma dan syarat penggajian dan yang dirunding atau diikat antara pihak yang termasuk kedua-dua majikan dan pekerja atau organisasi yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan majikan atau pekerja;

(c)

perusahaan yang diamanahkan dengan pengendalian perkhidmatan yang berkepentingan ekonomi am atau yang mempunyai ciri monopoli pengeluaran hasil setakat yang larangan di bawah Bab 1 dan Bab 2

Bahagian II akan menghalang pelaksanaan, di sisi undang-undang atau hakikat, tugas tertentu yang diberikan kepada perusahaan itu.

Persaingan 53

Akta 712

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 384/2013

Perintah Persaingan

(Pindaan Jadual Pertama)

2013 01-01-2014

P.U. (A) 44/2016

Perintah Persaingan

(Pindaan Jadual Pertama)

2016 01-03-2016

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 712

Akta 712

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

P.U. (A) 384/2013

P.U (A) 44/2016 01-01-2014 01-03-2016

Common questions

What is COMPETITION ACT 2010?
AKTA PERSAINGAN 2010 is Malaysia Act, cited as Act 712 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.
Is COMPETITION ACT 2010 still in force?
Yes — COMPETITION ACT 2010 is currently in force.
When did COMPETITION ACT 2010 take effect?
COMPETITION ACT 2010 was first recorded in 2010.
How many sections does COMPETITION ACT 2010 have?
COMPETITION ACT 2010 contains 67 sections.
Where can I read the official version of COMPETITION ACT 2010?
The official text of COMPETITION ACT 2010 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERSAINGAN 2010 (No. 712) | mylaw.my