Malaysia legislation

Section 18

of AKTA PERSAINGAN 2010

Seksyen 18

(a)

supaya memberikan atau mengemukakan kepada

Suruhanjaya, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi Suruhanjaya; atau

(b)

supaya membuat suatu pernyataan kepada Suruhanjaya dengan memberikan suatu penjelasan tentang apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam perenggan (a)

dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Jika Suruhanjaya mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1)

dan orang itu tidak mempunyai jagaan dokumen itu, orang itu hendaklah—

(a)

menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, tempat di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 712

(b)

mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, tempat di mana orang yang terakhir disebut itu boleh dijumpai.

(3)

Mana-mana orang yang dikehendaki atau diarahkan supaya memberikan maklumat di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan suatu representasi nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat lain yang mungkin menjadikan maklumat yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Suruhanjaya boleh memegang simpan dokumen