Malaysia legislation

Section 25

of AKTA PERSAINGAN 2010

Seksyen 25

(a)

mana-mana premis telah digunakan bagi; atau

(b)

ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelanggaran mana-mana larangan atau pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa pegawai Suruhanjaya yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 712

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa penggeledahan dan penyitaan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa pelanggaran atau kesalahan yang disyaki telah dilakukan.

(3)

Seorang pegawai Suruhanjaya yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat pelanggaran atau kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.

(4)

Seorang pegawai Suruhanjaya yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda sedemikian yang mengenainya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain mengenai pelanggaran atau kesalahan itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(5)

Apabila perlu untuk menyebabkan seseorang perempuan diperiksa, pemeriksaan itu hendaklah dilakukan oleh seorang perempuan lain dengan penuh kesopanan.

(6)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini tidak dapat dilaksanakan, pegawai Suruhanjaya hendaklah dengan apa-apa cara mengelak rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain itu di dalam premis atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(7)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)

atau memindahkan mana-mana rekod, buku, akaun, dokumen, data berkomputer atau benda lain yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan.

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran