Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Jika seorang pegawai Suruhanjaya berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 25 penyiasatan akan terjejas
Persaingan 27
atau keterangan pelakuan suatu pelanggaran atau kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai
Suruhanjaya itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 25 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.